Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online

Cara transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online sebenarnya ada 2 cara, setahu aku lah. Cara pertama yang selama ni aku guna adalah dengan set di Favorite Bill Payment dalam menu Maybank2u.

Tapi untuk bulan ni aku dapati dah takde menu bill payment untuk masukkan duit dari Maybank2u ke Tabung Haji secara atas talian.

cara senang keluarkan duit tabung haji tanpa buku
Transfer duit dari Maybank ke Tabung Haji

Tapi sebelum korang boleh transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online, korang mesti dah daftarkan nombor akaun Tabung Haji korang kat Maybank2u.ย Untuk cara daftar akaun tabung haji dalam akaun Maybank2u korang boleh baca artikel berkenaan.

Kita teruskan ke topik Cara Transfer Duit Maybank2u ke Tabung Haji Secara Online.

Baca juga : Cek baki tabung haji guna Maybank2u

langkah keluarkan duit tabung haji
1. Setelah anda login ke akaun Maybank2u anda, Klik pada menu Account & Banking

 

cara keluarkan duit tabung haji
2. Seterusnya klik menu Transfers

 

keluarkan duit tabung haji secara online
3. Klik menu Tabung Haji

 

keluarkan duit tabung haji
4. Cari menu Fund Transfer dan klik.

 

Tabung haji melalui maybank
5. Klik pada menu Maybank to TH Own Account Transfer

 

keluarkan duit tabung haji hari cuti
6. Masukkan amaun / jumlah yang hendak di transfer ke Tabung Haji dan klik butang Continue.

 

hari cuti boleh keluar duit tabung haji
7. Request TAC dan masukkan nombor TAC ke dalam ruang TAC. Kemudian klik butang confirm.

 

berjaya keluarkan duit tabung haji
8. Selesai

Harap tips ini membantu untuk anda transfer duit Maybank2u ke Tabung Haji secara online.

Tapi ingat, sebelum korang boleh buat proses pemindahan duit dari Maybank ke Tabung Haji ni, korang perlu daftar akaun tabung haji ke Maybank2u dahulu.