Kita Dapat Rasa Apa Yang Kita Lihat

Sejak kebelakangan ni jarang aku tengok motivator guna teknik nangiskan peserta kem motivasi atau program-program teambuilding dalam program ceramahnya.

Tapi tak aku nafikan masih ada lagi sesetengah motivator yang guna teknik ni terutamanya melibatkan watak keluarga (khususnya ibu atau bapa) untuk memberikan efek yang sangat menyedihkan kat hati peserta dengan tujuan peserta insaf dan menjadi insan yang lebih baik di masa akan datang.

Serius i can feel u bro!

Kita Dapat Rasa Apa Yang Kita Lihat

Berbalik kat tajuk, sebenarnya apa yang cuba aku sampaikan adalah berkenaan dengan apa yang kita rasa. Sebagai pengamal NLP (asas), aku sedar apa yang kita rasa dalam hati itu yang akan dizahirkan dalam kehidupan sebenar kita.

Pernah dengar tak orang jawa pernah berkata “be carefull on what you think”. Sebenarnya benda tu berkait rapat dengan tajuk aku ni iaitu Kita Dapat Rasa Apa Yang Kita Lihat.

Ada la relate sikit dengan artikel member aku yang bertajuk Teknik Pantulan Cermin.

Gelombang Otak Alpha

Perasan tak apa yang biasa dibuat oleh motivator kat ceramah-ceramah yang bertujuan menginsafkan diri ni? Diaorang ni akan tutup lampu dewan/kelas pastu suruh kita pejam mata.

Time ni otak kita dah memasuki gelombang Alpha (8Hz – 12Hz), satu keadaan yang kita relaks dan tenang, antara sedar dan tak sedar, dan apa-apa yang kita bayangkan time ni memang akan mudah terzahir tak kira samada cepat atau lambat.

Coding dan Design Minda

Sekarang bergantung kepada motivator tu lah nak programming balik minda peserta dengan cara camna.

Sedih atau gembira.

Salah sorang motivator yang aku kenal gunakan teknik yang jauh lebih bagus iaitu mengarahkan peserta membayangkan mereka telah menjadi seorang yang baik, dengar cakap mak bapak dan rajin belajar.

Selesai je program, masing-masing macam takde effect. Tapi jangan tak tau, effectnya bukan on the dot macam suruh nangis tu (insaf seminggu je) tapi insyaAllah kesannya berlaku secara tak disedari dan ianya berpanjangan.

Video Kekayaan Vs Video Keganasan

Selain dari tu, minda kita ni sangat powerful. Minda akan mencetus apa yang kita rasa. Jadi untuk dapat minda yang best, kita tengok atau pikir la benda2 yang best.

Adalah lebih baik tengok video kekayaan Dato Sri Vida berbanding tengok video pergaduhan kat facebook tu. Sekurang-kurangnya kita meransang otak kita untuk merasa apa yang Dato Vida rasa dalam video tu.

Rasa apa? Rasa seronok, rasa kaya, rasa mewah. Bukannye kita sebok nak mengata Dato Vida tu menunjuk ke apa, ambik yang positif je dan copy feeling tu real time dalam hati kita pulak.

Inspirasi aku

Satu contoh yang aku suka tengok berkali-kali adalah video The Stradman ni dengan Lamborghini yang dia baru beli. Bila tengok je video ni aku boleh rasa betapa gembiranya dia, seronoknya perasaan dia. Aku tengok berulang-ulang mana tau aku dapat Lambo jugak.

Akhir kata, aku nak seru la kat pembaca blog aku ni, sebarkanlah benda-benda yang baik dan seronok. Buang jauh-jauh kebencian dan kesedihan dan hapuskanlah benda-benda tu. Agaknye kan apa yang The Stradman ni buat sampai boleh beli Lamborghini Gallardo ni? Kbye.