No Plat FD Paling Kontroversi setakat ni

Sebagai seorang runner nombor plat Putrajaya, pengalaman mengambil upah tempah nombor plat F, FA, FB dan FC memang menjadikan saya sedikit sebanyak faham prosedur yang ditetapkan oleh pihak JPJ. Dan yang penting cara berkomunikasi dengan pelanggan yang nak beli nombor plate Putrajaya. Setakat sekarang, no plat FD paling kontroversi.

Proses tempahan plat sehari

Kalau nak tempah plat FC, urusan hanya mengambil masa sehari sahaja. Pagi pergi book, petang saya dah deliver nombor (resit) ke customer untuk urusan pendaftaran. Kecuali nombor yang dibook adalah nombor yang telah tamat tempoh. Untuk nombor yang tamat tempoh, customer perlu tunggu sekurang-kurangnya 14 hari bekerja.

Begitu juga dengan nombor plat FA, FB dan F. Nombor dari siri ini perlu menunggu sekurang-kurangnya 14 hari bekerja kerana kebanyakkan nombor-nombor ini sudah dimohon oleh orang lain dan telah expired.

Nombor 3 digit Plate FD habis cepat

Isu ini agak sensitif sebab ramai yang bertanya kenapa nombor 3 digit untuk plat FD tidak boleh didaftarkan sedangkan ianya baru dilancarkan? Saya beranggapan 3 digit telah habis semasa proses bidding walaupun ianya satu jawapan yang kurang konkrit.

Atau mungkin permintaan terlalu banyak untuk tempahan 3 digit semasa mula-mula plate FD ni dibuka, jadi terdapat ‘longgokan’ tempahan yang menyebabkan 3 digit dianggap telah habis.

Kalau ada rezeki, saya akan maklumkan semula sekiranya pihak JPJ membuka nombor 3 digit untuk ditempah. Manalah tau kan kalau-kalau orang yang book 3 digit sebelum ni tak daftarkan nombor tu.

Kontroversi Aplikasi JPJ e-Bid (server down/slow)

Semasa proses bidaan juga berlaku beberapa kontroversi. Antaranya server JPJ untuk aplikasi JPJ e-BID yang meragam bermula 8 malam (lebih kurang) pada hari terakhir bidaan. Saya sendiri panik sebab bantu salah seorang customer untuk bid nombor plat FD beliau. Yang mana akhirnya bidaan saya dipintas 3 minit sebelum tempoh bidaan tamat. Nak tambah bidaan memang tak sempat sebab server down.

Bidaan dipintas orang lain selepas tamat tempoh bidaan.

Selain itu, terdapat juga komen-komen dari rakan lain yang mengatakan telah berjaya membida nombor plat FD yang dikehendaki sebelum tamat tempoh bidaan iaitu jam 10 malam. Tetapi bidaannya dipintas oleh orang lain pada jam 11.59 malam. Masing-masing berasa pelik kenapa bidaan mereka boleh dipintas selepas tamat tempoh bidaan yang ditetapkan iaitu jam 10 malam. Dan sistem bidaan telah pun ditutup selepas 10 malam. Ianya masih misteri. Saya sendiri tak berani nak kata apa-apa berkaitan sistem ini.

Tempoh tempahan selepas tamat bidaan

Sepengetahuan saya, seminggu selepas tempoh bidaan tamat, nombor running lain (baki selepas bidaan) akan dibuka pada orang awam untuk tempahan. Setahu saya lah. Maaf kalau salah. Tapi untuk plat FD, ianya mengambil masa lebih dari 2 minggu sebelum boleh ditempah. Mungkin ini isu kecil yang boleh diterima dan tak perlu diperbesarkan.

Senarai Nombor disiarkan berperingkat.

Untuk plat FC, senarai untuk tempahan dikeluarkan dari 1 – 9999 untuk mana yang masih tersisa. Tetapi untuk no plat FD pihak JPJ mengeluarkan senarai secara berperingkat. Buat masa ini nombor yang disiarkan bermula 3 angka 2XX (tapi 3 angka dah habis) dan berakhir dengan nombor 4999. Ini merupakan fasa 1. Fasa 2 akan dibuka selepas fasa 1 habis dijual. Walaupun bagaimanapun, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk mengetahui senarai nombor terkini plat FD.

Tidak dapat dipastikan apakah isu sebenar yang berlaku disebalik semua ini, saya sebagai runner no plat Putrajaya akan membantu anda yang nak mendapatkan no plat Putrajaya sebaik mungkin. Bagi anda yang berminat nak beli no plat FD boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.

Kesabaran dari pihak customer yang ingin tempah no plat FD sangat-sangat dihargai. Sekian terima kasih.