Ada beberapa nombor plate (nombor pendaftaran kenderaan) di Malaysia ni yang popular dan menjadi rebutan ramai orang. Ada yang anggap ianya nombor biasa, tapi sebenarnya ia adalah nombor plate popular yang kononnya tak popular.
Isi Kandungan
Plate Berunsur Nama
Terlalu banyak plate yang bunyi nama terutama untuk plate Putrajaya F, FA dan FE. Antara contohnya;
- FE1701 – FENDI
- FA1701 – FANDI
- FE1124 – FEIZA
- FE24 – FEZA
- FA35 – FAES
- FA12 – FAIZ
- FA1215 – FARIS
- dan banyak lagi.
Plate Berunsur Kata Khas
Selain nama, terdapat juga beberapa nombor pendaftaran yang berunsur Kata Nama Khas yang akan “Sold Out” setiap kali sesi bidaan berlangsung.
- Mana-mana plate bernombor 8055, 805, 8005 – BOSS
- 8481
- dan beberapa lagi yang popular.
Nombor Golden dan Special (Istimewa)
Sebenarnya nombor golden dan special ni terlalu banyak kombinasinya. Sesiapa yang pandai jangka saingan hangat atau tak hangat maka dia boleh dapatkan nombor special atau golden semasa sesi bidding tanpa bersaing dengan pembida yang lain. Contoh nombor golden adalah seperti berikut.
- 1111
- 2222
- 3333
- 111
- 222
- 333
Manakala nombor special pula adalah seperti susuan berikut AABB, ABAB, ABBA. Contohnya;
- 1122
- 1212
- 1221
Nombor Ong Orang Cina
Bagi masyarakat Cina, mereka ada susunan nombor yang bagi mereka tuah (Ong). Susunan nombor ini biasanya memang cepat habis. Tak kiralah untuk plate Putrajaya atau mana-mana plate negeri lain di Malaysia.
Sebagai contoh, ada bakal pelanggan saya yang pernah cuba untuk mendapatkan nombor pendaftaran 9139, tak kisah untuk mana-mana siri F yang tersedia. Ternyata nombor 9139 dah terjual untuk semua siri F dari plate F, FA, FB, FC, FD dan FE (yang terkini).
Selepas itu dia meminta saya untuk cari 9139 untuk mana-mana negeri yang tersedia. Cubaan ini tak berjaya jugak. 9139 dah habis untuk semua running number bagi semua negeri (pada ketika itu).
Kemudian saya cuba carikan 9139 untuk plate khas (special) UC,UR, UG, dan UM. Ternyata 9139 telah sold out untuk semua siri U.
Itu baru satu contoh, terdapat banyak lagi nombor-nombor plate yang nampak macam nombor biasa, tapi nombor tu selalu habis awal, malah telah di bid awal sebelum dibuka tempahan kepada umum.
Nombor 1 dan 2 digit
Nombor satu dan dua digit adalah nombor yang sangat dinantikan oleh ramai pembida. Harga nombor ini memang sudah sedia tinggi dalam sesi bidaan dalam sistem. Untuk 1 digit harga permulaan bidaan adalah RM20,000 manakala harga untuk 2 digit RM2,000.
Ada sesetengah orang sangka, nombor biasa harganya murah. Contoh paling kerap saya terima adalah “Saya nak plate FE 1701, nombor biasa je” Tahukah anda FE1701 telah dibida sehingga RM23,000 pada sesi bidaan yang bermula pada 1 april 2022?
Ada juga yang menyangka 8055 adalah nombor biasa yang boleh didapati dengan mode running number. Memang tak salah nombor 8055 (dan seangkatan dengannya) adalah nombor dalam kategori biasa. Tetapi tahukah anda, nombor ini akan habis dibida pada setiap sesi bidaan mana-mana nombor plate yang dibuka untuk bidaan.
Nombor 2 digit termasuk dalam kalangan nombor-nombor plate terancam setiap kali sesi bidaan berjalan. Saya tak pasti apa yang berlaku pada nombor 2 digit, special dan golden selepas tamat sesi bidaan sekiranya tidak dibida oleh orang ramai. Rasanya mungkin ada pihak yang oleh mendaftarkan nombor-nombor berkenaan kerana ianya tidak akan masuk ke dalam mySikap sebagai running number.
Dapatkan Nombor Pendaftaran Cantik
Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan nombor plate (nombor pendaftaran kenderaan) untuk Putrajaya (Siri F) boleh hubungi saya call atau Whatsapp O1O6OO9966 (Adzril Magicalips PLT) untuk membuat tempahan. Terdapat juga plate special seperti UC, UG, UM, dan UR untuk tempahan.
Hi, Want to buy plate number 8881 under company.
.
Thank you
nombor 8881 seeloknya dapatkan secara bid.
[…] tempoh 5 hari ini semua pembida akan berlawan untuk dapatkan nombor idaman. Nasiblah kalau nak nombor popular, memang kena sediakan bajet tinggi sikit. Jarang betul jerung (pembida yang memburu nombor-nombor […]