Baru je saya buat artikel pertanyaan bila plat FD Putrajaya fasa 2 nak dibuka, terus minggu depannya open untuk tempahan awam. Ramai dah tanya bila boleh tempah plat FD untuk nombor 5000 keatas.
Lebih 10 orang yang memang dah dalam list menunggu tak sabar nak book plate number FD 5000 ke atas ni. Jadi ini memang berita gembira untuk diaorang.
Isi Kandungan
Tempahan telah dibuka untuk plat FD
Ternyata mereka yang mintak dimaklumkan tentang tempahan plat FD fasa 2 ni betul-betul setia menunggu. Sejurus saya maklumkan kepada mereka, terus berpusu-pusu tempahan yang saya terima.
Alhamdulillah, dengan kerjasama saya dan partner saya untuk urusan tempahan plat Putrajaya ni semua berjalan lancar. Masing-masing memainkan peranan. Kerja pantas dan tuntas.
Dengan ini, tempahan plat FD Putrajaya dah boleh ditempah bermula dari FD 1XXX ke FD 9XXX. Tertakluk mana yang masih berbaki.
Tempahan nombor Popular sahaja
Suka saya ingatkan semula, semua nombor 2 digit, 3 digit, nombor special, nombor kapit, nombor golden, nombor kahwin, nombor double telah habis. Secara teori mungkin habis pada sesi bidding April 2021 lepas. Yang berbaki adalah kategori nombor popular.
Senaraikan nombor pilihan
Walaubagaimanapun, anda perlu senaraikan beberapa pilihan untuk saya membuat pra semakan sama ada nombor itu masih ada atau sudah ditempah oleh orang lain. Dengan menyenaraikan beberapa nombor, memudahkan kerja tempahan plat Putrajaya ni berjaya.
Masih boleh dapatkan plat Putrajaya yang sebelumnya
Suka saya ingatkan, walaupun plat FD telah dibuka tempahan, anda masih boleh dapatkan nombor plat Putrajaya yang lain seperti;
- FC (tahun 2019)
- FB (tahun 2018)
- FA (tahun 2017)
- F (tahun 2016)
Untuk plat Putrajaya yang lepas-lepas, stock dah tak banyak. Dan ianya makin rare. Lagi-lagi plat FA dan F.
Jika anda berminat untuk tempah plat Putrajaya sama ada FD, FC, FB, FA dan F, anda boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966 untuk urusan lanjut.
Kenapa berhutang pinjaman kereta jadi special kes??? Boleh bagi pencerahan??? Dan kenapa menjadi salah satu faktor untuk membuka account bank lain???