Pada masa sekarang (2021-Mei 2022), plat Putrajaya paling terkini adalah plat FD sementara menunggu plat FE dilancarkan lebih kurang April 2022 nanti. Tapi yang menjadi persoalannya sekarang adalah, plat FD fasa 2 pun masih belum dibuka untuk tempahan umum.
Update : Tempahan nombor plate FE sudah mula dibuka. Whatsapp atau hubungi O1O6OO9966 untuk membuat tempahan.
Isi Kandungan
Pertindihan tempahan plat
Sebagai runner plat Putrajaya yang menguruskan tempahan plat Putrajaya, saya merasakan akan berlaku pertindihan ketara untuk plat FD fasa 2, iaitu FD 5XXX ke FD9XXX sekiranya ianya lambat dibuka tempahan kepada umum.
Tempah plat FD ikut fasa
Saya sendiri tidak pasti kenapa pihak JPJ membuat syarat dan peraturan ini (penjualan plat berfasa) bagi varian FD. Seingat saya sewaktu pelancaran plat FC, semua nombor boleh ditempah tanpa syarat-syarat fasa 1 dan fasa 2 semasa ianya dibuka kepada umum (selepas tempoh bidding).
Update : Tempahan nombor plate FE sudah mula dibuka. Whatsapp atau hubungi O1O6OO9966 untuk membuat tempahan.
Nombor plat FD 3 digit laku keras?
Selain tu, tempahan untuk nombor 3 digit bagi varian FD juga telah habis awal sejurus beberapa hari ianya dibuka untuk tempahan umum. Secara pandangan kasarnya macam tak logik sebab waktu pandemik ni tak berapa ramai yang beli kenderaan baru.
Kalau pun betul 3 digit habis begitu pantas, kenapa fasa 1 belum juga habis dijual. Ikutkan ramai yang dah tanya untuk tempah plat FD fasa 2.
Ada je orang pakai plat FD 8XXX kat jalan
Ada yang ingat saya saje buat-buat cerita siap tunjuk gambar kereta guna plat FD 8XXX.
Sekiranya anda nampak FD 5XXX keatas di mana-mana kenderaan semasa tarikh artikel ini dikarang, ketahuilah mereka dapat nombor 5000 keatas semasa proses pembidaan dibuat. Mereka ni dah berjaya bidding dan selepas tamat tempoh bidding (5 hari), mereka boleh terus gunakan nombor plat FD itu untuk didaftarkan di kereta atau motor mereka.
Bila tempahan FD fasa 2 dibuka?
Jadi bila JPJ akan release plat FD fasa 2?
Saya terpaksa cakap kemungkinan pihak JPJ akan buka tempahan fasa 2 apabila nombor-nombor plat fasa 1 telah habis ditempah. Atau mungkin pihak JPJ akan buka pada bila-bila masa yang sesuai. Hanya mereka yang tahu.
Bagi mereka yang memang menunggu plat FD fasa2 iaitu 5000 keatas, boleh hubungi saya (Whatsapp) di O1O6OO9966 untuk maklumkan kepada saya. Nanti bila fasa 2 dah release, saya akan maklumkan melalui Whatsapp.
Tak sabar nak tunggu plat FE
Bagi mereka yang tak sabar nak beli plat FE untuk Honda Civic FE yang bakal dilancarkan di Malaysia nanti, berdoalah agar ianya dibuka untuk tempahan mengikut jadualnya. Iaitu pada April atau Mei 2022.
Update : Tempahan nombor plate FE sudah mula dibuka. Whatsapp atau hubungi O1O6OO9966 untuk membuat tempahan.
[…] je saya buat artikel pertanyaan bila plat FD Putrajaya fasa 2 nak dibuka, terus minggu depannya open untuk tempahan […]