Seperti yang saya jangka, plate FF telah habis dijual. Sebenarnya dah boleh nampak perkara ni berlaku. Masa sesi bidaan FF, lain macam intensenya, lain macam stressnya, dalam hati saya cakap ” FF ni memang legend “.
Secara tidak rasminya, FF telah habis dijual pada bulan Oktober 2023. Tapi jangkaan saya sebenarnya FF akan habis dijual seminggu selepas tempahan dibuka kepada umum. Tapi sangkaan meleset, tapi tak merubah hakikat siri FF antara yang paling cepat habis berbanding siri Putrajaya yang lain.
Mana taknya, bidaan FF dilanjutkan sebab ramai mengeluh sistem heng. Kalau siri lain, sistem akan heng pada hari akhir bidaan. Tapi yang kelakarnya, sesi bidaan FF di JPJebid dah heng seawal hari pertama.
Itu belum cukup gila, memandangkan sistem JPJebid yang kejung tu, JPJ telah melanjutkan tempoh bidaan 1 hari. Yang dah seronok menang bid (bidaan tertinggi) pada 18 Mei 2023 tu jadi makin stress. Punya la susah nak tembus sistem dan dapat buat bayaran untuk dapat kedudukan tertinggi bidaan, sekali JPJ umumkan tambahan hari bidaan.
Apa yang menariknya bidaan siri FF ni, pemain atau peminat nombor pendaftaran Putrajaya dah mula matang. Mereka terus letak jumlah bidaan tertinggi pada hari pertama. Tak perlu tunggu sampai hari akhir dan saat akhir untuk berebut.
Ada 1 kes tu, saya tak ingat nombor apa, dengan harga lantai RM3000, pembida pertama terus letak RM16,000.00. Mungkin pada sangkaan dia, dia dah menang. Sekali datang pembida lain terus letak RM80,000.00
Ada jugak nombor lain yang pembida terus letak Rm300,000.00 tanpa tunggu pembida lain masuk line.
Isi Kandungan
Bidaan tertinggi dalam sejarah bidaan nombor pendaftaran di Malaysia.
Menurut laporan Sinar Harian, siri FF merupakan siri yang paling ramai pembida dan paling banyak nombor dibida berbanding siri-siri lain sebelum ini. (sumber Sinar Harian).
Dalam satu-satu siri, terdapat 9999 nombor yang dibuka untuk jualan dan bidaan. Tapi untuk siri FF, sebanyak 8,348 dah habis dibida. Maksudnya baki 1,651 unit nombor je lagi untuk dijual. Sebab tu saya jangkakan nombor-nombor baki FF ni akan habis dijual dalam tempoh 1 minggu je. Paling lewat 2 minggu.
Plate FF paling legend
Ada sorang kawan bagitau, FF ni dah merampas takhta legend nombor pendaftaran siri WWW tahun 2001 kalau tak silap. Sekarang kiranya FF dah pegang la title legend siri paling dikejar peminat-peminat nombor plate di Malaysia.
Selain dari gandaan alfabet yang menarik, kemajuan teknologi jugak memainkan peranan yang besar bagi faktor awareness terhadap siri pendaftaran kenderaan menarik.
Kita tunggu siri lain yang akan buat gandaan kembar macam FF dan WWW. FFF mungkin? Haha.
FOMO
Fear of missing out (fomo) ni lah yang menyebabkan orang beli nombor pendaftaran kenderaan bukan mengikut keperluan, tapi ikut kehendak. Maksud saya orang yang beli tu sendiri tak pasti bila dia akan gunakan nombor plate yang dia nak beli, tapi yang pasti dia kena beli takut nanti orang lain pulak ambik, atau takut nanti habis.
FF akan buat ‘comeback’ selepas setahun
Jadi atas faktor FOMO itu tadi, saya jangkakan siri FF akan buat ‘comeback’ selepas setahun. InsyaAllah Jun 2024 akan muncul banyak nombor siri FF yang masih avaiable. Sekarang ni pun boleh Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk semak sama ada masih ada berbaki ke FF ni.
Manalah tahu anda nak sangat FF NOS (new old stock). Ok bukak whatsapp, dan hubungi saya. Terima kasih.
p/s: Bagi saya, single F antara siri paling cantik. Tapi dah habis jugak.
[…] Terkini: FF telah habis dijual? […]