Tahun ni isteri aku hadiahkan aku Clutch Hush Puppies masa birthday aku. Sambutan birthday pun dia buat surprise memang terharu la kan walaupun tarikh celebration tu agak lewat dari tarikh sebenar hari lahir aku.
Zip asal Hush Puppies telah diganti kepada Zip YKK |
Repair Clutch Hush Puppies Di Kedai Kasut
Benda nak jadi, Clutch aku tu terjatuh masa aku bukak pintu nak bayar tol kat Plaza Tol Setia Alam. Serius aku tak perasan. Time tu on the way nak ke airport KLIA2 sebab cuti dah habis. Masa aku dah sampai kat tol Sepang tu, ada la sorang perempuan call aku cakap dia jumpa ‘wallet’ aku kat Tol Setia Alam.
Holder Zip yang patah, telah dipotong sebab dah tak digunakan. |
Serius terkejut. Dari makluman perempuan tu, Hidayah namanya, semua barang masih ada dalam Clutch aku termasuk Galaxy Note 8.0 inch aku.
Cuma ianya telah hancur. Syukur clutch tu dijumpai oleh orang yang jujur macam Hidayah.Secara teknikalnya, Clutch aku tu dah koyak, zip patah, butang pecah.
Note 8.0 tak payah cerita, memang hancur. Disebabkan clutch tu pemberian hadiah dari isteri tersayang, aku nekad untuk repair atau refurbish balik walaupun upahnya mahal atau melebihi harga clucth tu sendiri iaitu RM198.
Butang tempat pemegang yang patah digantikan dengan butang yang lebih awesome |
Usaha aku untuk cari tempat baiki Clutch tu bermula dengan bertanya kat Hush Puppies Malaysia kat fanpage facebooknya.
Tapi diaorang tak dapat nak repair sebab kecuaian dari pihak aku. Kalau memang rosak asal dari kilang, mereka akan gantikan dengan yang baru tanpa banyak soal dengan syarat bawak resit pembelian dan masih dalam tempoh sebulan.
Jadi aku terfikir tempat paling sesuai untuk refurbish balik clutch Hush Puppies kesayangan aku tu kat kedai repair kasut kat Karamunsing Kota Kinabalu.
Walaupun tak dapat nak restore balik kondisi asal, at least clutch ni sempurna dan boleh digunakan. Pakcik kedai kasut tu siap cakap ngan aku “Nanti pakcik buat beg ko ni lebih ori dari yang ori.”
Bahagian yang koyak dijahit dengan benang yang lebih tebal. |
Harga untuk repair clutch Hush Puppies aku ni kat kedai kasut pakcik tu adalah RM98.
Apa yang direstore balik adalah zip digantikan dengan zip YKK (which is ok la dari takde), butang tepi beg, jahit tempat jahitan yang koyak, tukar butang untuk hold clutch dan potong tempat klip zip (yang takde guna sebab zip dah tukar YKK).
Secara keseluruhannya aku puas hati dengan kondisi clutch Hush Puppies aku ni dan aku yakin ianya tak sama dengan Clutch Hush Puppies orang lain.
Kan pakcik tu dah bagitau, dia akan buat clutch aku ni lebih ori dari yang ori.
Barang kalau ada sentimental value, ganti dengan yang baru pun aku tak nak, tetap nak yang asal jugak.
Nak tau apa jadi kat Galaxy Tab Note 8.0 inch aku?
Masih belum direpair sebab kos untuk repair adalah RM600 yang pada aku berpatutan tetapi aku memilih untuk menggantikan tugasan Note 8.0 inch aku dengan Galaxy Tab A with S Pen.