Sebelum ni saya pernah kongsikan 1 artikel berkaitan cara transfer duit dari Maybank2u ke Tabung Haji. Lepas tu ada pulak yang tanya. Boleh ke transfer duit Maybank2u ke TH orang lain yang tak didaftarkan dalam Maybank2u kita?
Soalan yang bagus.
Tak terfikir pulak sebelum ni. Tapi saya pasti memang ada menu untuk transfer duit tu ke Tabung Haji yang bukan didaftarkan atas akaun Maybank2u kita.
Contohnya, anda nak bagi duit kepada Ibu atau Bapa anda dengan masukkan duit ke Tabung Haji. Ianya boleh dibuat secara online.
Caranya lebih kurang sama je dengan cara kita transfer duit Maybank2u ke akaun TH kita sendiri.
kemudahan yang diberikan oleh Maybank2u untuk transfer duit dapat melancarkan segala jenis transaksi yah
Betul. Tapi tu lah, bila senang masukkan secara online, senang jugak keluarkan.
menuju ke arah negara cashless
Bagaimana nak jadikan no. acc TH org lain jadi favorite acc?
Saya pun tengah cari caranya. Rasanya sebelum ni macam dah jumpa.
Kalo nk transfer ke TH org lain kite kena register akaun TH kat maybank dulu ke?
tak perlu. hanya perlu nombor akaun dan ic sahaja.