Validity Panjang Pun Tak Berguna Kalau….

Baru je ada orang whatsapp saya tadi. Dia tanya camna nak dapatkan balik nombor telefon lama expired dia?

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Kat sini bermula la soal siasat saya. Rupaya dia guna sim Onexox Prepaid. Dia cakap tak boleh nak topup.

Saya pun mintak la nombor Onexox Prepaid dia tu untuk check dalam sistem Dealer Onexox saya.

Hasil carian;

Can’t find subscription by given msisdn!

Nah!

Takde dalam sistem? Confirm dah kena terminate nombor Onexox Prepaid dia ni.

Kalau kena barred, masih ada dalam sistem ye. Kalau dah camni memang dah terminate.

Silap-silap nombor ni dah direcycle oleh SKMM dan diserahkan ke Telco-telco lain untuk kegunaan pengguna baru.

Mula lah dia meraung.

“Alaaaa nombor ni penting untuk saya, Encik tak boleh tolong ke dapatkan balik nombor tu?”

Dalam hati saya “Penting ko kata?” hahaha!

Saya tanya la, kalau nombor tu penting kenapa tak topup?

Dia jawab “Kan sebab tempoh sah dia panjang”

Memang la validity atau tempoh sah Onexox Prepaid tu panjang, lama. Tapi kalau tak topup langsung dalam tempoh 2 tahun 4 bulan tu, memang sampai masa, dia expired la.

Saya tanya, sejak bila guna nombor Onexox Prepaid ni?

Dah 3 tahun katanya.

“What? Dah 3 tahun tapi masih mengharap sim masih aktif?”

Kat sini bermula cerita kekeliruan yang berlaku.

Katanya dia ada topup sekali dua melalui maybank2u sebelum ni. Tapi kenapa expired jugak ye.

Ok kat sini saya dapat agak something.

Ni mesti dia buat payment online (Maybank2u) dan selepas selesai pembayaran dia anggap benda tu dah setel.

Salah ye.

Untuk topup melalui Perbankan Online macam Maybank2u, Bank Islam, BSN, Bank Rakyat, kredit tak terus masuk ke telefon anda.

Sistem bank akan hantar nombor PIN menggunakan SMS ke nombor anda.

Ataupun, sistem Bank akan bagi nombor PIN dalam resit pembayaran.

Dengan nombor PIN tu, anda perlu topup sendiri dengan Dail *132*1*NoPin# (Baca cara lengkap topup Onexox guna PIN).

Tapi apa yang saya nak cakap kat user yang ni, sebenarnya nombor tu tak penting pun untuk dia.

Kalau penting, mesti dia selalui cek baki kredit, dan tempoh sah akhir.

Jangan la ambik kesempatan kat sim Onexox Prepaid yang ada tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan.

Tempoh sah aktif 2 tahun 4 bulan yang diberikan tu bukan bermaksud korang tak perlu topup kredit langsung.

“Eh! Come on la Adzril, bukan tu ke kelebihan onexox, apsal plak sim takleh guna selepas 2 tahun 4 bulan tanpa topup?”

Well,

Gunalah simkad feveret korang (selain Onexox Prepaid) dan jangan topup dalam masa 30 hari dan komplen la kat telco tu kalau sim korang tu kena barred selepas 30 hari tak topup.

Sekian.