Betul-betul mencabar kalau dapat user yang nak tukar talian Maxis ke Onexox. Kalau dulu senang je macam telco lain. Tapi sejak isu ramai pengguna Maxis tukar talian ke telco lain, macam ada kekangan sikit.
Jadi camna nak port out from Maxis to Onexox? Ini yang saya nak cerita ni.
Proses tukar talian dari telco asal ke telco lain senang je prosesnya.
Saya ambik contoh user Maxis yang nak bertukar ke talian Onexox.
- User beli sim MNP
- Saya (sebagai dealer) proseskan permohonan MNP dari Maxis ke Onexox
- User tunggu SMS dari Maxis untuk confirmation sama ada nak keluar dari talian Maxis atau tak
- User Reply/Response mesej dari Maxis, Contoh : YES
- User tunggu talian Maxis ditamatkan.
- User masukkan sim Onexox. Siap!
Itu dia langkah dan proses MNP (Mobile Number Portability) dari mana-mana telco ke Telco Onexox.
Proses tukar line atau talian ni biasanya ambik masa dalam 24 jam je.
Paling cepat 5 minit je setel.
Itupun kalau penyedia rangkaian asal tak banyak songeh. Saya senang berurusan dengan user dari telco Altel, Tunetalk dan Redone.
Saya bantu user port-out Celcom ke Onexox. Boleh tahan licik jugak Celcom ni.
Ok, berbalik pada cerita MNP Maxis ke Onexox untuk salah sorang pelanggan saya.
Saya mula registerkan user ni pada 27 November 2018.
Saya bagitau user, nanti Maxis akan hantar SMS tanya sama ada nak keluar dari Maxis atau tak.
Selepas beberapa jam, saya tanya dah dapat SMS ke? User cakap belum lagi.
Saya periksa di paparan sistem Pendaftaran Onexox, Maxis sudah pun acknowledge dalam masa lebih kurang 5 minit selepas saya buat permohonan port out.
Keesokan pagi, saya periksa status Permohonan adalah SP55.
Jadi saya cari apakah yang dimaksudkan dengan SP55.
SP55 – Nombor telah tiada perkhidmatan.
Penyelesaian:
Pemilik asal perlu pastikan nombor masih aktif dan sah sebelum membuat permohonan utk MNP. Sekiranya nombor telah tiada perkhidmatan, nombor tersebut tidak boleh digunakan lagi.
User cakap kredit ada RM2, data internet sedang aktif dan semestinya panggilan dan SMS boleh dibuat.
Jadi saya just resubmit permohonan semula.
Mungkin ada error di server Maxis.
Tapi masalahnya untuk user sekarang adalah mereka tak terima pun SMS confirmation dari Maxis tu.
Jadi saya ambik la inisiatif untuk arahkan user sms YES ke 20025.
And then, respon yang sama dari pihak Maxis, iaitu SP55.
Tukar Maxis ke Onexox akhirnya berjaya
Jadi untuk tidak banyak kerenah lagi, saya mintak user untuk topup Maxis tu at least RM5.
Selepas user cakap dah topup, saya submit balik permohonan untuk tukar talian Maxis ke Onexox dalam sistem Onesys.
Kalini, MO sama. Saya tengok status permohonan untuk Port Out di sistem dan nampaknya status berubah dari Pending ke Pending/NPR ACK.
Haaa kira pihak Maxis dah dapat dan terima semula permohonan tu lah.
jadi saya terus mintak user untuk respons (sms YES ke 20025) tanpa tunggu SMS dari Maxis. Cuba tengok gambar bawah ni.
Alhamdulillah, berjaya. Proses nak tukar maxis ke Onexox kalini agak tricky sikit. Sebenarnya bukan dari maxis je, dari telco lain pun sama jugak. Ada sesetengah kes agak tak jelas apa masalahnya.
Tapi alhamdulillah, tetap ada jalan untuk selesaikan.
Jadi pada sesiapa yang nak bertukar ke talian yang lebih jimat, lebih cekap, lebih laju, lebih murah bolehlah hubungi saya (Whatsapp) O1113346188.
Tak kiralah nak tukar dari Maxis, Digi, Celcom, Umobile, Tunetalk, Redone, atau mana-mana program ToneWow, Tone Excel, Tone Plus ke real telco.
Sampai bila nak bayar mahal sedangkan pilihan yang lebih murah tu ada. Malah lebih berkualiti.
Bos..nak tanya klu nak tukar yg postpaid maxis punya susah tak prosedur dia?
senang je… sama je prosesnya… whatsapp saya 0106009966
Senang ke nak port out kalau nombor maxis ni under nama org lain bukan nama sama? Sebab selalunya nak port out kena number under kita kan.
ye. kalau bukan nama sendiri mmg takleh.
Nak tanya, kalau sudah pun dapat mesej dari maxis dan sudah confirm, lepas tu saya sudah tukar sim card(xox) tapi masih x berjaya,macam mana?
Kena tunggu sampai line maxis hilang baru masukkan sim xox.
macam mana baru tau line habis?
bila kat line bar tu takde line. no network. ataupun dealer sepatutnya inform bila line onexox dah aktif.
Hi bos nak tnya,
Saya punya kes mcm ni juga mesej dari maxis tak sampai2 tapi bila saya sms sendiri sama maxis katanya no applicable offer for this number. Line maxis sy aktif dah top up rm5. Tpi status masih sp55. Mcm mna nak settle ni? Sy order online tiada dealer mana2 😥
Whatsapp saya, biar saya uruskan. 0106009966
Hye saya nk tnye,
Sye dh trima sms dri digi untuk kluar dri digi atau x.. Sye dh bls Y.. Tpi lps tu xde msj dri digi.. Kira prmohonan sye untuk kluar digi dh proceed ke blom ye..
kena tunggu sampai line digi hilang.
Enck hritu sy ade buat prtukaran telco dri maxis ke digi..skrg dh lbih dri 24jam blum dpt confirmation mesej dri maxis…boleh tak enck tlong sy check kan status simkad digi sy sdg aktif atau pending ke ape?
[…] ni saya ada kongsikan cerita bagaimana saya membuat port out dari telco Maxis ke Onexox yang agak tricky. Kali ini saya nak kongsikan trick dan tips untuk bertukar dari Celcom ke Onexox […]
[…] Baca cerita saya tukar talian Maxis ke Onexox. […]
[…] pengalaman saya, saya kongsikan pengalaman tukar Maxis ke Onexox, dan tukar Celcom ke Onexox. Saya kongsikan sebab untuk rujukan saya dikemudian hari dan […]
Bos nk kekal nombor asal..
Tapi dh x blh guna…
Line xde.. trus dh…
Pakai line maxis…
Nk guna blik la nmbor lama 2…
Ada benda penting sgt..
Bos blh tolong ke…
untuk urusan tukar telco, syarat WAJIB adalah talian asal mesti aktif.
Nak tanya klu baki maxis masih byk dan masih aktif. Adakah baki tu akan dpt balik jika berjaya tukar ke telco lain?
Baki burn. Syarikat telco baru tidak akan menanggung kredit yang anda telah berikan pada telco lama.
[…] ni saya ada kongsikan cerita bagaimana saya membuat port out dari telco Maxis ke Onexox yang agak tricky. Kali ini saya nak kongsikan trick dan tips untuk bertukar dari Celcom ke Onexox […]