Banyak urusan boleh diselesaikan di Mesin ATM. Selain boleh mengeluarkan di di ATM, korang boleh jugak bayar bil-bil utiliti, transfer duit ke tabung haji dan bayar AKPK. Nak tau tak cara bayar saman polis di Mesin ATM?
Kalau sebelum ni aku berkongsi tentang Cara Daftar Akaun Tabung Haji di Maybank2u, sekarang aku nak kongsikan pulak Cara Bayar Saman Polis (PDRM) di Mesin ATM Maybank.
Cara Bayar Saman Polis di Mesin ATM
Masa aku snap gambar kat ATM mesin untuk tujuan nak buat tutorial ni, aku sendiri terkejut tengok skrin ATM. Ada saman rupanya kereta kat kampung. Siapa nak tolong bayar?
Baca jugak : Cara dapatkan atau cetak semula cukai Jalan sekiranya hilang atau tercicir.
Selesai pembayaran sila simpan resit untuk rujukan akan datang. Nak paling afdal lepas je bayar saman polis kat ATM Maybank tu, cuba terus call pihak Trafik (Polis Trafik) untuk bertanyakan status saman korang.
Biasanya kalau guna mesin ATM ni cepat urusannya. Rekod saman dekat polis pun akan terpadam sejurus pembayaran dibuat.
Sebenarnya, kita boleh cek saman secara online kat MYEG. Tapi aku belum buatlah cara nak cek saman guna MYEG ni. Sempat buat artikel pasal renew insran kereta guna MYEG je.
Kalau nak semak dan bayar saman AES, korang boleh gunakan apps MyeG. Tengok video kat bawah ni untuk cara-cara guna Apps MYEG.
Kalau guna kad atm bank lain boleh ke bayar di mesin atm maybank?
rasanya cuma kat atm maybank sahaja yang boleh di mesin atm maybank untuk bayar saman nih.
Salam..macam mana pdrm akan dpt tahu yg kita dah bayar?
Sistem atm tu memang dah sync dgn sistem polis. Maksudnya once kita bayar, maybank punya sistem akan hantar laporan ke sistem polis.
Sila simpan resit pembayaran tu utk rujukan kemudian hari
Tq for sharing
Welkam… baru kena saman ke? hihihi!
Tq sharing. Btw,bayar kat cash deposit ke atm.mesin. sy g nk byar td kat cash deposit xde button utk bayaran saman. Huhu
Dekat mesin ATM..
Nak tekan huruf pun tak boleh
boleh je. tekan nombor tu sampai dia jadi huruf,
Kalau bayar kat mesin atm, kita boleh guna duit ke dia tolak dari kad maybank kita?
tak pasti pulak. kalau tak boleh, apa salahnye keluarkan duit tu dari ATM. dah memang depan ATM dah kan? hehehehe
Saman JPJ boleh bayar kt mesin atm maybank x?
Saya kurang pasti, tapi rasanya saman JPJ tak boleh bayar di ATM.
Saman trafik bole ke bayar dekat ATM?
Iyer. Artikel ini mmg berkenaan bayar saman trafik di ATM.
so,dia akan tolak duit dalam kad atm kita lah kan???
iya begitulah… bukan duit atm kawan kita ataupun kekasih kita.
Assalammualaikum. Macam mana nak tahu jumlah sama yang perlu dibayar?.
waalaikumsalam… ada dipaparkan tu pada ATM. tengok gambar.
Bleh tlong ajar x mcm mane nk byar saman..huhuhux
huhuhuhuhux macam yang saya terangkan kat artikel bayar saman ni lah.
berapa lama eh saman akan clear selepas bayar?
Kalau tak silap saya dalam masa 24 jam clear la kot.
Selepas dah bayar saman kat atm tak perlu pergi ipd kan untuk pengesahan? Tak naik makhamah kan?
tak perlu.. mmg terus sync dengan sistem tu.
Assalam.. saman trafik blh byr kat ATM ke..? xda kene pg mahkamah dlu ke?
wasalam… tak pasti pulak sejak dikuatkuasakan perlu ke mahkamah ni camna prosedurnya. Tapi pada saya, sekiranya saman tu dah ada kat senarai saman, bayar je la.
Aslkum encik thanks for sharing… Nak tanya boleh tak lau kita bayar melalui maybank online.
Kalau saman tu atas nombor kereta mcm mana…?
Kena bayar dari akaun pemilik nombor kereta tu la.
Thank you so much for the helpful tutorial.
Saya perlu membuat bayaran saman PDRM untuk kereta mak.
Ingatkan kena bayar di kaunter Polis trafik.
Thank you once again!
welcome. sama je bayar kat mana2. kalau nak bayar kat ATM kena pastikan saman tu dah updated kat ATM tu.
Nak tanya,klu kena saman tangkp lju,boleh ke bayar dkt bank?
Kena cek kat ATM dulu. Kalau ada disenaraikan dalam tu, boleh je.
Ok…klu ada,d tulis tak kena byaran nye berapa.. Bb sy fisttime nk guna mesin atm nie. .
Dia ada tulis situ kalau x silap.
boleh tolong bayarkna saman saya? haha
saya prefer bayar di kaunter, boleh diskaun π
Kalau saman kena naik mkhmah tp tlupa tarikh dah lpas..blh ke byar gna atm ye??
Biasanya kalau tarikh dah lepas dah xde senarai saman dalam ATM. Tapi kalau ada boleh bayar.
Kalau xde kena bayar kat kaunter trafik la.
Kalau nak bayar tu nak kena pakai kad maybank jgk ke atau mesin yang bayar cash tu.. (maksudnya masukkn duit je terus tak payah guna kad dah?)
Kalau guna ATM machine dah tentu2 kena guna kad cik.
Boleh cuba kat CDM machine maybank.
Mesin atm maybank x de kompaun jadi sesapa yang ada kompaun tu bayar kt kaunter.. sbb atm dia akan tolak max terus x de kompaun..
Mcm mna klu x lesen memandu..
Boleh bayar d maybank juga ke
Kalau ada tersenarai dlm senarai saman kat ATM tu, boleh je.
Thank you untuk tutorial. Baru dapat saman. Kereta orang lain yang bawak. Sedih sangat.
Mintak org tu duit π
kalau kereta tu milik foreigner yang tak ada nombor i.c, ada nombor passport sahaja, boleh bayar kat atm maybank juga ke.
Kalau ada dlm list tu boleh la bayar.
Biasa sampai pukol berapa boleh bayar nie..? Kalo malam mcmne.. misalnya pukol 10 nk pegi bayar.. boleh ke??
Boleh
kalau macam saman tiada lesen sekarang kena ke makhamah kan . kalau bayar guna atm ni macam mana nak tau kita pergi bila ye ke makhamah ?
Takde dlm list rasanya kalau kes xde lesen
Salam nak tanya?
Waalaikumsalam. Biasanya orang terus tanya.
Boleh mintak nombor polis trafik ??? Sebab saya mahu mengesah kan selepas bayar di ATM
π saya takde nombor polis.
Boleh mintak nombor polis trafik?? Supaya Mendapat pengesahan selepas membuat bayaran mengunakan ATM …
saya dah try x boleh pulak , dia tulis no kad pengenalan dmp tidak sama, boleh saya tahu dmp tu apa?
Kalau tak da acc maybank pon still bole buat payment ke ?
Tak boleh
kalau pembayaran saman ni menggunakan ic si ibu..tapi si ibu dah meninggal..so pembayaran boleh ke dibayar melalui ATM juga?..sebab si kawan saye ni kate dah tak boleh lagi..ade cara lain ke?
Bayar kene tulis pakai no ic je kee ? Tak boleh bayar pakai no plate kereta ? Sebab trafik just tinggal surat saman kat kereta je. So takde laa dia mintak ic.. check saman pakai sms tulis ic takde saman, pakai no plate baru keluor saman..
Salam,
Kalau kita nak bayar beberapa saman dulu boleh ke? maksudnya jika ada 5 saman tapi nak bayar 3 saman dulu…boleh pilih ke?
boleh
[…] Cakap pasal cek saman, korang tau tak korang boleh cek dan bayar saman polis Β kat mesin ATM? […]
Kalau saman yg kena blacklist atau ada waran boleh byr tak?
[…] Baca jugak : Cara bayar saman Polis Trafik di ATM Mesin Maybank […]
Hello, kalau nak bayar melalui maybank2u yang dlm phone ni dpt tak?
macam takde.
Baru try tadi dkt mesin atm dah takde option bayaran saman PDRM. kenapa eh?
Nak tanya kalau dah lama xbayar saman maybe dalam 10 thn…boleh byr saman dalam kad ATM lg x?i mean roadtax pun xblh nk perbaharui dsbbkn ada saman ..spatotnye kna g mahkamah….tp ada urusan xpegi2 lg ….blh ke byr saman dalam ATM?agaknya lulus x…?
[…] Baca juga : Cara semak dan bayar saman polis di ATM Maybank […]
Salam, kereta tu mesti atas nama sendiri ke baru boleh bayar saman tu? Kalau bukan atas nama sendiri boleh bayar tak?
tak boleh. kena pinjam atm kad owner kereta tu lah.