Sekiranya anda nombor Onexox guna Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Apps Boost, tanpa key in PIN topup, anda perlu baca cerita ini. Ini adalah kes topup Onexox tak masuk.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Ramai terkeliru dan salah faham dengan beranggapan mereka telah berjaya topup atau bayar bil selepas transaksi di Bank atau Apps Boost berjaya. Anda silap.
Topup secara terus menggunakan Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Apps Boost (selepas ini disebut topup Online) untuk nombor Onexox tidak akan terus ditopup. Cara topup online ini tidak sama dengan cara topup guna XOX Fast, Apps Black, dan melalui dealer.
Isi Kandungan
Topup Tak Masuk Selagi Tak Key In PIN
Ramai pengguna Onexox yang mengaku dah topup, lepas tu cakap topup tak masuk. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Cuma berlaku kekeliruan kat sini. Sebab selepas selesai transaksi topup Online tadi biasanya akan keluar satu mesej seolah-olah topup telah berjaya. Tak kira dari bank atau apps Boost tadi.
Jadi di sini, pengguna menyangka topup telah berjaya. Lagi-lagi mereka telah memasukkan nombor telefon yang nak ditopup semasa proses pembelian topup Online tadi.
SMS Mengandungi PIN Topup
Dalam masa yang sama selepas transaksi berjaya, sistem topup Online ini akan menghantar SMS yang mengandungi nombor PIN untuk ditopup (key in) ke nombor telefon yang dimasukkan oleh pengguna semasa proses pembelian topup Online tadi.
Memandangkan pengguna tadi menyangka topup telah berjaya, maka biasanya mereka akan abaikan SMS penting ini. Lebih malang lagi kalau pengguna tadi terus delete SMS tu sebab tak nak inbox penuh.
Kalau tak dapat SMS atau terdelete SMS
Sekiranya anda tidak terima SMS ini dari pihak Bank atau anda telah terdelete SMS tu, hubungi pihak bank (maybank, Bank Islam, Bank Rakyat) dan mintak mereka hantar semua SMS yang mengandungi PIN berkenaan. Sediakan bukti pembayaran dan nombor reference pembayaran online banking anda untuk memudahkan urusan.
Cara masukkan topup Onexox guna nombor PIN
Selepas anda berjaya mendapatkan PIN dalam SMS yang dihantar oleh pihak Bank, anda perlu masukkan atau key in nombor PIN untuk topup berjaya.
Boleh rujuk artikel Cara topup guna nombor PIN Onexox yang saya sediakan pada artikel sebelum ini. Dalam artikel itu saya tunjukkan cara masukkan topup dengan menggunakan teknik dail nombor menggunakan fungsi telefon.
Namun sekiranya anda nak key-in nombor PIN topup tadi menggunakan apps Black pun boleh. Saya ada kongsikan cara untuk topup onexox guna softpin dengan hanya 4 langkah. Tapi anda perlu install apps Black dahulu.
Cara Topup Onexox Yang Terbaik
Jadi untuk tak berlaku kekeliruan seperti ini, saya selalu galakkan pengguna untuk topup menggunakan cara yang pantas. Antaranya;
- Topup menggunakan XOX Fast
- Topup menggunakan Apps Black
- Topup melalui dealer Onexox (01113346188)
- Topup menggunakan JomPay
- Topup melalui Selfcare XOX
Semua topup yang saya senaraikan diatas ni adalah cara topup yang terus masuk ke akaun tanpa perlu Key-In PIN topup. Cara ini lebih mudah dah tak memeningkan kepala.
Cara topup key in PIN ni bukanlah memeningkan kepala, ianya sangat mudah. Cuma bila pihak Bank dan Apps Boost yang ‘memberi isyarat’ macam topup dah masuk. Sedangkan ianya belum masuk. Buktinya ramai yang menyangka topup dah berjaya.
Jadi anda perlu beri perhatian berkenaan isu ini. Topup gunakan cara yang pantas sahaja. Dan yang penting tak mengelirukan.
[…] Baca artikel topup tak masuk. […]
Macam mana nak pulih kan kad sim sebab tidak boleh menerima topup
whatsapp saya 01113346188 screenshot *150*1# nombor anda.
Macamana Kalau tak Terima Lansung SMS Yg Ada no. Pin to? Saya dah reload prepaid Kat bank Islam online banking, kenapa ya?
call bank islam untuk mereka resend balik nombor PIN topup onexox tu.
Saya dah topup guna bank islam , terima message transaksi tu dh berjaya. Tapi bila check topup tak masuk pun. Kenapa ya ? Dan apa perlu saya buat ? Sebab dah dua kali saya kena
kekeliruan ni banyak berlaku pada ramai orang. sebenarnya bukan topup tak masuk, tapi pengguna kadang2 terlepas pandang nombor PIN yang diSMS atau yang diberikan selepas selesai pembayaran. baca artikel saya ni untuk paham. https://adzril.com/topup-onexox-tak-masuk/
Hi boss..mcm mana kalau tersalah topup kat no lain..boleh tak kita ambil balik duit tu..atau telco refund balik kat kita..saya nak bayar bil postpaid xox tp terbagi no xox yg pakai prepaid.
No such thing. Topup ke xox black atau prepaid sama je. Takde istilah salah.
Nak tanya kalau dah topup melalui Maybank still kena isi pin ke?
betul. Maybank akan hantar PIN ke nombor yang nak ditopup.
rugi aku RM40,dua kali dah beli data kat shopee..kena lebong je…
next time beli topup sendiri kat kedai, atau guna xox fast atau guna apps black.
Bagaimana topup guna public.. sms lansung tiada
kena hubungi public bank untuk minta sms dihantar. Next time guna kemudahan xox fast atau apps black ye.
Salam tuan.
Jika transaksi melalui selfcare tak lengkap , tapi duit dah dipotong dari akaun bank, mcm mana ye?
Check balance onexox..mmg takde masuk top up.
boleh hubungi pihak customer service onexox melalui email [email protected] atau call 12273
Selamat pagi, Mr Adzril.
Saya baru port-in onexox semalam, Black App bermasalah dan crash (automatik keluar dari App).
Pagi tadi tiba-tiba ok, saya pun mula top-up melalui Black App RM 20 (selected online banking – Maybank).
Transaksi dah berjaya, sudah dapat email notifikasi dari oneXOX, dan prove dari bank, tapi tak terima apa-apa sms.
Sudah 20 minit berlalu Black App masih tak masuk amaun. Rasanya terpaksu hubungi customer service onexox..
Ini menyebabkan saya percaya review teruk tentang Black App ini. Amat kecewa.
Saya setuju tuan. Apps black tak begitu reliable. Seeloknya untuk topup beli direct dari bank, bank akan hantar SMs pin, key in pin itu secara manual dengan dail *150# dan pilih menu 2.
Ataupun tuan boleh whatsapp saya 01113346188 utk direct topup.
salam tuan, saya baru reload topup di apps xox black tapi sms tak masuk pun dan transaksi maybank2u dh ditolak..ape saya nk buat?
buat masa ni mmg rasanya apps black ada masalah server. hubungi 12273 atau email ke [email protected] untuk bantuan.
Salam tuan, boleh saya dapat no bank cimb yang tertera pada mesej masa dia hantar kod pin tu?
Sebelum ni saya topup guna maybank, takda masalah. Pertama kali cuba guna cimb tapi mesej kod pin tu masuk.
kena berhubung dengan pihak cimb. next time guna je xox fast.
topp melalui dealer apps jual topap.dh dpt msg terima duit topp tetapi bila check balance .duit topp tu x masuk pon
mohon tanya balik pada dealer tu, atau hubungi 12273 untuk bantuan teknikal.
Saya tak terima pun sms pin dari Maybank