Tukar Plan Black, Berapa Perlu Bayar?

Memandangkan sekarang terdapat plan terhangat dari Onexox Black iaitu B59DB dan B89DB, ramai yang mengambil peluang untuk bertukar ke plan ini. Tapi, nak tukar plan Black, berapa perlu dibayar dan kepada siapa perlu dibayar? Dalam artikel ni saya akan terangkan.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Tukar Plan antara Plan Black ke Plan Black yang Lain

Untuk pengetahuan, dealer Onexox hanya boleh membuat pertukaran plan antara plan Black kepada plan Black yang lain. Contohnya dari Plan Onexox Black B10 ke B39, atau dari B39 Plus 20 ke Plan B10 dan sebagainya.

Satu-satunya yang dealer Onexox tak boleh buat adalah tukar Plan Black ke Plan Prepaid Onexox. Itu kena call careline (12273) untuk pertukaran Black ke Prepaid.

Kalkulator Tukar Plan Onexox Black

Untuk lebih mudah, anda boleh gunakan Kalkulator Tukar Plan Onexox Black ini. Sekiranya jumlah tunggakan anda adalah “overpaid” anggap ianya RM0 (tak perlu key in jumlah overpaid di kalkulator)









Dail 1501# untuk menyemak tunggakan (Amt Due)




Bayaran Untuk Tukar Plan

Cara perkiraan untuk bertukar plan sangat mudah. Terpakai untuk semua plan Black.

Bayaran;

[Plan terkini] + [Plan yang hendak dilanggan] + [tunggakan sekiranya ada]

  • Plan terkini = Bayaran plan terkini adalah hanya sebagai cagaran. Jumlah ini akan dimasukkan dalam plan terbaru sebagai overpaid.
  • Plan yang hendak dilanggan = Bayaran untuk plan yang hendak dilanggan tanpa caj SST.
  • Tunggakan sekiranya ada = Untuk menyemak jumlah tunggakan, dail *132# atau terus minta Dealer Onexox semak.

Contoh, plan B10 nak bertukar ke plan B39 dan mempunyai tunggakan RM5. Jadi kiraannya adalah;

[RM10] + [RM39] + [RM5] = RM54.

Pengguna perlu membayar RM54 ke Dealer Onexox untuk proses pertukaran plan ini dilakukan. Selepas dealer selesai membuat pertukaran, akaun B39 tadi akan mempunyai overpaid sebanyak RM10. Atau seperti yang dipaparkan dalam paparan baki sebagai Amt Due -RM10.

Jadi bayaran yang dibuat semuanya kembali kepada akaun pengguna jugak. Bukan bayaran burn.

Akaun terkini mempunyai Overpaid melebihi jumlah bayaran tukar plan

Ada jugak kes yang mana user mempunyai jumlah Overpaid yang tinggi dalam akaunnya. Contoh plan B10 yang nak bertukar ke B59DB, tetapi mempunya jumlah overpaid RM100 atau dipaparkan dalam menu baki -RM100.

Adakah pengguna ini perlu membayar dan membuat kiraan sama seperti rumus yang diterangkan di atas?

Ya. Tetap sama.

Contoh kiraan;
[RM10]+
[RM59]+
[tiada tunggakan (overpaid RM100)]
____________
RM69
-----------------

Selepas selesai proses pertukaran plan dilakukan, dalam akaun user akan mempunyai overpaid sebanyak RM100+RM10 = RM110. Atau dalam paparan baki disebut Amt Due -RM110.

Maksudnya anda telah membuat pembayaran lebih sebanyak RM110. Tarikh cycle seterusnya (bulan depan) tak perlu bayar bil / topup kredit selagi jumlah overpaid tu boleh membayar komitmen bulanan.

Begitulah serba ringkas penerangan saya berkenaan bayaran yang diperlukan untuk bertukar plan Onexox Black. Sekiranya anda atau sesiapa yang anda kenali nak bertukar plan Onexox Black sedia ada ke Plan Black terkini B59DB (44GB) atau B89DB (100GB) boleh la whatsapp saya O1113346188.