Topup Onexox Tak Masuk, Duit dah kena potong

Sekiranya anda nombor Onexox guna Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Apps Boost, tanpa key in PIN topup, anda perlu baca cerita ini. Ini adalah kes topup Onexox tak masuk.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Ramai terkeliru dan salah faham dengan beranggapan mereka telah berjaya topup atau bayar bil selepas transaksi di Bank atau Apps Boost berjaya. Anda silap.

Topup secara terus menggunakan Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Apps Boost (selepas ini disebut topup Online) untuk nombor Onexox tidak akan terus ditopup. Cara topup online ini tidak sama dengan cara topup guna XOX Fast, Apps Black, dan melalui dealer.

Topup Tak Masuk Selagi Tak Key In PIN

Tak key-in PIN topup yang dihantar melalui SMS

Ramai pengguna Onexox yang mengaku dah topup, lepas tu cakap topup tak masuk. Saya tak salahkan mana-mana pihak. Cuma berlaku kekeliruan kat sini. Sebab selepas selesai transaksi topup Online tadi biasanya akan keluar satu mesej seolah-olah topup telah berjaya. Tak kira dari bank atau apps Boost tadi.

Jadi di sini, pengguna menyangka topup telah berjaya. Lagi-lagi mereka telah memasukkan nombor telefon yang nak ditopup semasa proses pembelian topup Online tadi.

SMS Mengandungi PIN Topup

Dalam masa yang sama selepas transaksi berjaya, sistem topup Online ini akan menghantar SMS yang mengandungi nombor PIN untuk ditopup (key in) ke nombor telefon yang dimasukkan oleh pengguna semasa proses pembelian topup Online tadi.

Memandangkan pengguna tadi menyangka topup telah berjaya, maka biasanya mereka akan abaikan SMS penting ini. Lebih malang lagi kalau pengguna tadi terus delete SMS tu sebab tak nak inbox penuh.

Contoh PIN yang dihantar melalui SMS dari Maybank
Contoh PIN yang dihantar melalui SMS dari Maybank
Contoh PIN yang dihantar melalui SMS dari Maybank

Kalau tak dapat SMS atau terdelete SMS

Sekiranya anda tidak terima SMS ini dari pihak Bank atau anda telah terdelete SMS tu, hubungi pihak bank (maybank, Bank Islam, Bank Rakyat) dan mintak mereka hantar semua SMS yang mengandungi PIN berkenaan. Sediakan bukti pembayaran dan nombor reference pembayaran online banking anda untuk memudahkan urusan.

Cara masukkan topup Onexox guna nombor PIN

Selepas anda berjaya mendapatkan PIN dalam SMS yang dihantar oleh pihak Bank, anda perlu masukkan atau key in nombor PIN untuk topup berjaya.

Boleh rujuk artikel Cara topup guna nombor PIN Onexox yang saya sediakan pada artikel sebelum ini. Dalam artikel itu saya tunjukkan cara masukkan topup dengan menggunakan teknik dail nombor menggunakan fungsi telefon.

Namun sekiranya anda nak key-in nombor PIN topup tadi menggunakan apps Black pun boleh. Saya ada kongsikan cara untuk topup onexox guna softpin dengan hanya 4 langkah. Tapi anda perlu install apps Black dahulu.

Cara Topup Onexox Yang Terbaik

Jadi untuk tak berlaku kekeliruan seperti ini, saya selalu galakkan pengguna untuk topup menggunakan cara yang pantas. Antaranya;

  • Topup menggunakan XOX Fast
  • Topup menggunakan Apps Black
  • Topup melalui dealer Onexox (01113346188)
  • Topup menggunakan JomPay
  • Topup melalui Selfcare XOX

Semua topup yang saya senaraikan diatas ni adalah cara topup yang terus masuk ke akaun tanpa perlu Key-In PIN topup. Cara ini lebih mudah dah tak memeningkan kepala.

Cara topup key in PIN ni bukanlah memeningkan kepala, ianya sangat mudah. Cuma bila pihak Bank dan Apps Boost yang ‘memberi isyarat’ macam topup dah masuk. Sedangkan ianya belum masuk. Buktinya ramai yang menyangka topup dah berjaya.

Jadi anda perlu beri perhatian berkenaan isu ini. Topup gunakan cara yang pantas sahaja. Dan yang penting tak mengelirukan.