Proses untuk tukar line telefon dari sesuatu telco ke telco yang lain adalah satu proses yang mudah tetapi ada beberapa syarat tukar line telefon yang anda perlu ambil tahu.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Memang tanggungjawab memastikan proses tukar line telefon ini berjaya adalah tugas dealer telco baru anda, tetapi sekiranya anda sebagai pengguna cakna tentang proses dan memenuhi syarat-syaratnya maka proses ini akan berjalan lancar.
Sebelum tu saya akan terangkan proses tukar line telefon secara ringkas;
- Dapatkan sim telco yang anda nak bertukar tu. Sekiranya anda nak tukar dari maxis ke Onexox, maka anda perlu dapatkan sim Onexox (boleh Whatsapp saya O1113346188).
- Dealer akan membuatkan pendaftaran permohonan pertukaran line telefon (MNP).
- Anda akan terima SMS dari telco asal untuk pengesahan.
- Anda perlu reply SMS pengesahan.
- Tunggu line telco lama tidak aktif.
- Masukkan sim baru (telco baru).
Begitulah secara ringkas proses tukar line telefon berlaku. Proses ni sama untuk semua telco. Baik sekarang saya akan kongsikan syarat tukar line telefon yang anda perlu tahu untuk memastikan proses tukar line telefon berjalan lancar.
Isi Kandungan
7 Syarat Tukar Line Telefon
- Pastikan simkad asal masih aktif. Maksud aktif disini adalah boleh menerima panggilan dan sms, dan boleh menghantar sms dan membuat panggilan.
- Mempunyai kredit sekurang-kurangnya RM1 untuk tujuan membalas SMS pengesahan untuk keluar telco. Sekiranya postpaid, pastikan anda telah membayar bil terkini (current bill) dan lebihkan RM1 dari jumlah pembayaran bil berkenaan.
- Simkad tidak mempunyai tunggakan semasa proses tukar line telefon. Sekiranya prepaid, pastikan simkad tidak mempunyai hutang kredit.
- Anda perlu pastikan pendaftaran tukar line telefon ini menggunakan kad pengenalan yang betul. Sekiranya nombor simkad anda didaftarkan atas penama orang lain, pastikan orang itu ada semasa proses pertukaran dilakukan.
- Simkad atau nombor anda seharusnya tidak mempunyai kontrak. Sekiranya mempunyai kontrak, anda perlu batalkan dulu kontrak sebelum proses boleh tukar line telefon boleh dilakukan.
- Anda perlu pastikan simkad anda bukan subline atau mainline kepada sesuatu akaun. Sekiranya simkad anda subline atau mainline, anda perlu tukar line kedua-dua sim (nombor) sekaligus.
- Pastikan dealer mahir mengendalikan dan faham proses tukar line untuk memudahkan urusan anda semasa proses pertukaran line telefon nanti.
Jadi begitulah serba sedikit syarat-syarat yang perlu anda patuhi sebelum nak tukar line telefon. Selain dealer, anda juga sebagai pengguna perlu faham apa yang perlu dan fahamkan proses yang akan berlaku.
Tukar Line Telefon tu mudah, tak tak berapa senang
Terus terang saya cakap, proses untuk tukar talian telefon bukanlah satu perkara yang mudah. Pengalaman tukar line telefon sejak saya jadi dealer Onexox pada tahun 2013 cukup untuk saya katakan ianya bukan perkara yang mudah.
Kalau dulu memang semudah ABC, tapi sekarang ni ada je usaha-usaha dari telco asal menggagalkan proses Port Out (tukar line) dengan alasan-alasan (error code) yang tak munasabah. Walau apa pun ini hanya pengalaman peribadi saya. Tidak semestinya ianya tepat.
Dari pengalaman saya, saya kongsikan pengalaman tukar Maxis ke Onexox, dan tukar Celcom ke Onexox. Saya kongsikan sebab untuk rujukan saya dikemudian hari dan dealer-dealer lain boleh rujuk sekiranya menghadapi masalah yang sama.
Akan datang saya akan kongsikan pengalaman tukar line Digi ke Onexox. Bagi saya sekarang proses nak tukar line Digi adalah yang paling mempunyai banyak halangan walaupun telah cukup semua syarat yang saya sebutkan di atas. Dealer lain saya tak pasti, ini adalah pengalaman saya.
Setiap telco akan sedaya upaya mempertahankan pengguna untuk kekal di talian mereka. Biasalah tu…
Apa-apapun sekiranya anda ingin bertukar dari line Maxis, Digi, Celcom, Umobile, Tunetalk, Tonewow, RedONE dan lain lain ke Onexox, boleh Whatsapp saya O1113346188.
Salam bang..memang tiap kali portout depa akan charge kn bayaran ka?..contoh sy currently celcom lepas to tukar ke maxis..the sy guna pakage maxis 45 to..kenapa depa charge 45 to n plus 10 ringgit duit sims
Tak pasti utk telco lain. Selalunya kalau saya buat port out celcom ke onexox, maxis ke onexox, dan lain lain telco ke onexox, tiada sebarang caj dikenakan.
betul tu bro..saya sokong sgt2 pengalaman yg bro kongsikan..sbb saya sendiri jgk alami perkara yg sama..2minggu bersbr masa tguw utk dpt pengesahan btul2 dari telco Ul nk ke telco C,Tapi masa dpt Soalan dari telco U tu..mmg kaw2 punya jawapan saya bg..kasi hentam habis2san…🤣😂🤣😂🤣😂😎😎👍👍👍😁😁😁
kena pergi betul2 dia punya Center barula xda caj utk sim..
walaupun ada dealer terdkt mmg ada caj..
tp xtaulakan..kalau hamba Allah s.w.t tu xda amik kesempatan..
kita bersangka baik je..😎😁👍👍👍
kalau onexox memang ada caj. kalau prepaid caj sim. kalau black, caj plan yang diambil. takde istilah ambil kesempatan.
Boss, dlm berapa hari ya untuk tunggu line nombor lame tu mati? Nk dekat 4 hari dh saye tunggu ni.
12 jam. Kalau dah lebih, hubungi balik dealer yg daftarkan telco baru tu.
macamana nak tukar line dari xox ke digi
Saya dah dua kali try tukar line digi ke other line tpi still tk fhm knpa masih tak tukar. Saya digi postpaid nk tukar ke other line prepaid, saya kne cas byr utk port out digi. But bila done byr. Ia still ambil masa lama dan smpai skrng tk tukar line. Saya dah membazir Rm100+ utk tukar line digi. Em..ada cara lain tk utk settle kn ni sbb bila call dealer, susah nk selesaikn sbb tk jwb
bergantung kepada kemahiran dan kepakaran dealer yang uruskan talian baru anda.
Kalau tukar telco lain. Topup yang ada kat telco lama dia ambik ke??
ini adalah soalan yang kerap orang tanya. Ianya jelas dan logik telco A takde kena mengena dengan telco B. jadi memang kredit dari telco A akan burn bila nombor anda telah bertukar tangan ke telco B.
Tumpang tanya, dpatkah tukar telco (contohnya dari digi ke celcom) tanpa menukar kad sim?
Semua MNP wajib tukar sim.
Nak tanya.. boleh ke tukar dari postpaid ke prepaid. Contoh unifi mobile ke hotlink prepaid
boleh. takde masalah.
If blacklist boleh ke mnp postpaod ke prepaid even bill untuk no tersebut da settle
boleh.
Sy guna postpaid celcom nk ke prepaid dan bru tukar ke line prepaid digi..brapa tempoh kna guna digi sblum tkar ke celcom prepaid ?
Sy guna postpaid celcom nk ke prepaid dan bru tukar ke line prepaid digi..brapa tempoh kna guna digi sblum tkar ke celcom prepaid ?
kalau ikut syarat minimum SKMM 30 hari je.
Saya nak tanye line dah bertukar dari maxis ke tunetalk tapi maxis bagi bil suruh bayar .kalau tak bayar ade ape2 ke pada line tunetalk saya
tu scammer tu. kalau dah berjaya tukar ke tunetalk maksudnya masa proses pertukaran tu takde apa2 hutang.
Bang kalau SMS tu saya salah taip nk buat mcm mane yea? Ke nk kene contact umobile punye center.
kena tunggu reject dulu dari telco asal. lepastu mintak dealer submit port in semula.
saya guna prepaid Umobile nak tukar ke prepaid celcom dan bawa no yang lama..mohon pencerahan tn
pencerahan sama seperti yang saya kongsikan dalam artikel diatas.
Saya tunggu sms pengesahan utk keluar telco tp xdapat dapat. Dah lebih dr 24 jam saya tunggu.Sedangkan semua bill saya dah bayar habis. Macam mana nak dapatkan sms tu ye?
kena call balik dealer telco baru yang cik berurusan tu. tanya dia apa status port in.
Nk tnya ..kalau kta pakai 2 sim .1 sim digi 1 lagi sim maxis..nk tukar nombor digi ke maxis .lpstu nombor maxis ke digi bole ke? Tp sim maxis skrng pkai postpaid ..bole ke ? Adakah ia akn mngganggu?
boleh je. pegi mana2 kedai yang jual sim digi dan maxis.
salam tuan…betul ke seorang individu hanya boleh mendaftar 5 talian telefon atas nama beliau? sebab saya daftar no yang ke 6 untuk kegunaan pemebelajaran anak2…t.kasih atas respon
betul. maksimum 5 nombor sahaja untuk sesebuah telco.
salam tuan, saya dpt sms suruh saya nyatakan reason utk tukar telco. lepas reply dia tulis kata kunci yang saya masukkan tidak sah. dah bermacam2 gaya saya reply. tetap tk boleh. macam mana ya?
salam , klu kita dh reply mesej utk exchange line tu . brp lama masa pertukaran tu ?
dalam tempoh 12 jam.
Salam bro. nak tanya, wife saya register phone no guna kawan dia punya ic tapi kalau saya nk tukar ke lain provider tapi pkai nama wife saya boleh ke? kawan dia punya ic dan info semua ada. mintak tolong
pergi ke mana-mana X-force Onexox untuk urusan tukar nama.
Assalamualaikum..nak tnya boleh sy adalah mainline dan mempunyai 5 subline bg postpaid redone. Boleh ke sy nk tukar subline drpd postpaid kpd prepaid redone?dan sy mainline nk tukar kpd postpaid maxis?terima kasih.
paling aku sakit hati, bila xox nak ke celcom, tak sampai setengah jam dah setel semua..dari balas sms yes kepada tukar terus sim..pengalaman berniaga simkad mendewasakan kita semua
kalau nak tukar celcom ke umobile berapa rm ?
kena tanya dealer umobile.
kalau bru je register sim dan terus nak tukar telco boleh ke cmtu? sbb beli nombor cantik tp nak telco yg ada line kt kawasan
syarat yang skmm tetapkan minimum 30 hari, dengan sekali topup.