Cara Tukar Telco Kekalkan Nombor Lama (Port Out)

Posted by

Bahasa yang digunakan untuk tukar telco adalah MNP, Mobile Number Portability. Jom saya kongsikan cara tukar telco dan kekalkan nombor lama anda.

Bahasa melayunya Menten Nombor Phone (MNP) hahah! Kreatif betul orang yang bagi maksud akronim tu.

Ada jugak orang sebut Port Out.

Ok inilah dia cara tukar telco tanpa tukar nombor telefon asal.

Tukar telco dan kekalkan nombor asal

Sebagai dealer Onexox sejak tahun 2013, saya faham betul proses tukar telco dari Digi, Maxis, Celcom, Umobile, Tunetalk, RedOne, Tone Excel (telah tiada), Tone Plus (telah tiada), dan Tone Wow (dari tone excel dan tone plus).

Setiap telco ni ada pe’el dia masing-masing.

Takpe, saya tak nak reveal la telco mana, nanti kena saman pulak.

Baca cerita saya tukar talian Maxis ke Onexox.

Yang penting, semua telah berjaya diconvert dan ditukarkan dari telco asal mereka ke telco Onexox.

Ada sebab kenapa mereka bertukar dari telco asal ke Onexox. Hanya mereka yang mengalaminya tahu.

Syarat nak tukar telco ke talian lain.

Ada beberapa perkara perlu diambil kira sebelum tukar telco asal ke telco Onexox ni.

  1. Pastikan simkad nombor asal tu didaftarkan atas nama sendiri. Atau atas nama orang yang anda boleh dapatkan kad pengenalannya.
  2. Pastikan sim yang nak ditukar taliannya tu aktif. Boleh buat panggilan keluar dan boleh terima panggilan.
  3. Pastikan ada kredit sekurang-kurangnya RM2. Sekiranya nombor tu adalah postpaid, pastikan bill telah dibayar mengikut jumlah current bill dan lebihkan RM2 dari jumlah itu.
  4. Pastikan simkad asal tiada hutang. Sama ada hutang SOS, credit advance, atau bil tertunggak.
  5. Pastikan simkad asal berada di dalam phone semasa proses MNP dilakukan oleh dealer telco.

Proses Nak tukar telco (ke Onexox). Proses Port Out.

Memandangkan saya dealer Onexox, jadi saya punya penerangan mestilah nak kaitkan dengan Onexox.

Apa pun, proses dan prosedur untuk tukar telco dan kekalkan nombor lama ke talian lain sama je untuk mana-mana telco.

Jom port out telco asal anda ke Onexox.

  1. Simkad asal mesti berada dalam telefon dan simkad Onexox masih tersemat elok dalam bungkusannya. (jangan masukkan simkad onexox dulu).
  2. Dealer akan buat proses MNP menggunakan apps khas dealer. Dealer akan scan kad pengenalan dan memasukkan butiran yang sepatutnya ke dalam borang pendaftaran.
  3. Selepas selesai pendaftaran, pengguna perlu tunggu SMS confirmation dari telco asal.
  4. Pengguna akan reply SMS confirmation dari telco asal itu. Kena reply sms ni dalam tempoh yang ditetapkan. Kalau lambat reply, proses akan terbatal secara automatik dan perlu diulang proses oleh dealer.
  5. Selepas reply SMS tu, tunggu talian simkad asal menghilang.
  6. Selepas line telco asal dah hilang, masukkan sim Onexox dan boleh guna simkad Onexox.
  7. Buang simkad asal jauh2. Terus setia guna Onexox ye.

Langkah seterusnya selepas berjaya Port Out

Tahniah!

Sekarang anda berjaya menggunakan satu-satunya telco yang patuh Syariah di Malaysia.

Tahniah kerana telah berjaya tukar telco dan kekalkan nombor lama ke Onexox.

Sekiranya anda port out dari telco asal ke Onexox Prepaid, adalah digalakkan untuk beli Welcome Deal.

Welcome deal ni tawaran yang best khas untuk user baru Onexox Prepaid.

Itulah serba sedikit perkongsian saya berkenaan MNP atau Port Out dari telco lain ke Onexox.

Kalau anda nak bertukar dari telco lain ke Onexox Prepaid atau Black, tanpa ragu dan penuh keyakinannya Whatsapp saya O1O6OO9966 untuk urusan lanjut.

Nak tanya sebarang maklumat pasal Onexox pun boleh Whatsapp saya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *