Beli Data Onexox Black Kalau Dah Habis Kuota

Kelebihan Onexox Black ni tak perlu nak aktifkan data dari seasonpass, terus boleh guna data tanpa sebarang pengaktifan. Tapi kalau data habis mana nak beli data Onexox Black ni?

Bagaimana Cara Beli Data Onexox Black

Contoh korang guna plan B10 yang mana setiap bulan akan dibekalkan 1gb data dan 20 minit panggilan (kesemua rangkaian), tup tup data habis.

Beli Data Season Pass

Jangan panik.

Boleh je beli data tambahan Season Pass yang disediakan;

Contoh korang nak beli 20gb data (harga RM100), caranya;

Topup akaun tadi dengan RM100,

SMS SP D1 dan hantar ke 22111

Kredit korang yang RM100 tadi akan dipotong dan data sebanyak 20gb akan masuk ke akaun Black korang.

20gb ni kalau tak habis guna takpe, sebab dia akan dibawa ke bulan depan.

Bulan depan akan dapat lagi 1gb dan 20 minit panggilan ditambah ke dalam akaun korang yang ada 20gb tadi.

Total jadi 21gb kalau 20gb tadi korang tak gunakan. Tapi mustahil la tak guna rite? Hehe

ADD on Data Onexox Black

Cara yang kedua adalah dengan ADD ON data. Yang ni saya tak rekemen sangat sebab agak mahal. Tapi untuk emergency boleh la.

Oh ye, kena pastikan akaun anda ada kredit ye, ataupun at least kat ruangan Amt Due tu takde hutang (RM0.00)

caranya SMS ADD 1GB dan hantar ke 22111. (Ini untuk tambah 1GB)

Harga data add on;

  • 1GB RM10
  • 2GB RM18
  • 5GB RM40

Untuk pengguna B10, maksimum add on yang anda boleh beli ada 1GB sekiranya Amt Due anda adalah RM0.00.

Untuk B39 pulak, maksimum add on yang dibenarkan adalah 5GB sekiranya Amt Due anda adalah RM0.00.

Untuk B59 pulak, maksimum add on yang dibolehkan adalah 6GB (5GB + 1GB) sekiranya jumlah Amt Due anda adalah RM0.00.

Begitulah seterusnya untuk B89 dan B149. Jumlah add on tidak boleh melebihi harga plan bulanan yang diambil.

Tambah Data Onexox Black dengan Beli Data dari User Black Lain.

Betul,

kalau nak harga murah, boleh la pujuk sikit kawan yang guna plan Onexox Black yang ada data terlebih-lebih asyik carry foward tu mur mur.

Tapi biasanya mestilah user Black tu nak untung kan?

hehe,

Mestilah dia jual harga pasaran, ataupun mungkin rendah sikit.

Saya bagi contoh.

Saya nak jual Data Onexox Black saya dengan harga RM50 dapat 10GB (biasanya happy hour sekarangRM50 dapat 12gb), apa yang perlu saya lakukan adalah;

Terima bayaran RM50 dari pembeli (transfer bank la biasanya, tak pun bagi cash kalau depan mata)

SMS SHARE<jarak>Nombor telefon penerima<jarak>D10<jarak>1234 dan hantar ke 22111 atau 23388.

cth: SHARE 0123456789 D10 1234 dan hantar ke 22111.

Oh ye,

Penjual akan dikenakan caj RM0.50 untuk setiap transaksi data.

Rasa-rasa perlu markup tak harga caj 50 sen yang dikenakan tu kat pembeli?

Kalau dengan saya takpela, kira halal la.

*Tapi kalau ramai, kena gak caj RM50.50 untuk 10Gb data hehe.

Beli dari Happy Hour

Ok2, takde bajet nak beli data 20gb dengan RM100 tu?

Relax, tunggu happyhour yang jual kecik-kecik tu.

  1. Rm50 untuk 10gb
  2. Rm30 untuk 5gb

Apa? Nak guna urgent?

Boleh beli dari saya, Nak topup pun boleh. Hubungi saya ok.

Ok, kalau tak faham mana-mana part tu boleh terus tanya kat komen atau nak lebih personal boleh Whatsapp saya O1O6OO9966.

Terima kasih.

Leave a Reply