Harga Simkad Onexox Black dan Prepaid

Soalan berapa harga simkad Onexox perlu dijawab dengan soalan lain untuk mendapatkan harga yang tepat.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Contoh kalau ada orang tanya berapa harga simkad Onexox ni?

Saya perlu tahu pelanggan tu nak simkad Onexox Prepaid atau Onexox Black?

Dan biasanya user akan tanya apa bezanya tu (Prepaid dan Black)?

Harga simkad Onexox Prepaid dan Black

Saya tak banyak cakap, terus mintak dia baca artikel Simkad Onexox Mana yang sesuai untuk anda?

Dalam artikel tu, saya kupas kelebihan dan perbezaan Onexox Black dan Prepaid.

Confirm mudah faham. Kalau tak faham boleh chat balik kat saya untuk tanya part mana yang tak faham.

Jika pilih Onexox Prepaid

Let say pelanggan cakap Saya nak Simkad Onexox Prepaid.

Saya akan bertanya lagi.

Nak kekalkan nombor (MNP) atau nak nombor baru (starter pack)?

Andaikan user cakap nak kekalkan nombor. Atau kita panggil Mobile Number Portability (MNP).

Plan Onexox B59e adalah eSIM yang tidak memerlukan simkad
eSIM, Black B59e. Terbaru dari Onexox Black

Sebab apa saya tanya soalan sama ada dia nak kekalkan nombor atau beli nombor baru?

Sebab untuk validity 2 tahun 4 bulan.

Tempoh Sah 2 tahun 4 bulan

Kalau kekalkan nombor, pelanggan akan terus layak dapat validity 2 tahun 4 bulan tanpa sebarang pembelian data.

Hanya perlu beli Simkad Onexox MNP (proses MNP dilakukan oleh saya sebagai dealer Onexox) yang berharga RM10 dan terus layak dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan sejurus selepas talian asal dipindahkan ke Onexox.

Sekiranya user nak beli nombor baru (starter pack), harga sim Onexox tu tetap sama. Iaitu Rm10 tetapi…

Bagi nombor baru, untuk melayakkan dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan, perlu beli data SP FAT untuk layak dapat validity 2 tahun 4 bulan.

Senarai SP FAT yang boleh dipilih oleh user yang beli simkad Onexox Prepaid starter pack (nombor baru) adalah;

  1. Data 10gb (FAT10) – Percuma data aktif 10gb / RM50 atau
  2. Data 5gb dan 100 minit panggilan(FAT5M) / RM30 atau
  3. Voice (minit panggilan) 333 minit (FATVOICE) / RM30 atau
  4. Data 10GB data, dan 333 minit panggilan (FAT10M) / RM50

SP FAT ni sebenarnya welcome deal khas untuk user baru Prepaid Onexox. Baca artikel tu untuk faham cara beli SP FAT.

User MNP pun boleh je kalau nak beli SP FAT ni dalam tempoh 10 hari selepas nombor berjaya diaktifkan atau dipindahkan ke Onexox Prepaid.

Sebab Welcome Deal ni untuk semua user Onexox Prepaid.

Sama ada dia beli nombor baru, ataupun kekalkan nombor dari telco lama ke Onexox.

Harga sim Onexox Prepaid MNP atau Starter Pack

Jadi secara ringkasnya harga untuk sim Onexox Prepaid dengan tempoh sah panjang 2 tahun 4 bulan adalah;

  1. Kekalkan nombor – RM10 ( Harga sim), Jumlah RM10
  2. Starter Pack (Nombor baru) – RM10 (harga sim), SP FAT (RM30), total RM40 (minimum).

Harga sim Onexox Black

Ok sekarang masuk bab Onexox Black.

Andai kata pelanggan tadi kata nak black, sebab plan black ni tak perlu aktifkan data dan semua data yang tak digunakan akan dibawa ke bulan depan (new cycle).

Plan Onexox Black dengan Harga dan Komitmen Bulanan

Untuk senarai lengkap dan kelebihan Onexox Black ni, saya pernah kongsikan dalam artikel saya bertajuk Onexox Black, Bukan Postpaid, Bukan Prepaid, ianya Hybrid.

Secara ringkasnya, plan black ada 5;

  1. B10, bayaran permulaan RM10, bulanan RM10.60 (termasuk 6% sst)
  2. B39, bayaran permulaan RM39, bulanan RM41.34 (termasuk 6% sst)
  3. B39+20, bayaran permulaan RM59, bulanan RM62.54 (termasuk 6% sst)
  4. B59e, bayaran permulaan RM59, bulanan RM62.54 (termasuk 6% sst) – hanya untuk pengguna eSIM.
  5. B89, bayaran permulaan RM89, bulanan RM94.34 (termasuk 6% sst)
  6. B149, bayaran permulaan RM149, bulanan RM157.94 (termasuk 6% sst)

Jadi sekiranya pelanggan atau user tu tadi pilih untuk plan B39+20, maka dia perlu membayar RM59 sebagai permulaan dan komitment bulanan RM62.54.

Baca artikel berkenaan dengan Plan Onexox Black terbaru dan terkini sekarang.

Nak topup? atau bayar bil simkad onexox Black? Boleh terus ke XOX Fast.

atau baca artikel cara topup dan bayar bil guna XOX Fast untuk tahu camna cara topup guna XOX Fast.

Pengiraan harga untuk Onexox Black plan yang lain adalah seperti yang saya dah tunjuk dalam senarai atas ni.

Masih keliru? Masih ada pertanyaan?

Atau terus nak dapatkan sim Onexox Prepaid ni? Hubungi saya di Whatsapp O1O6OO9966.