Cara Bayar Saman Polis di Mesin ATM Maybank

Banyak urusan boleh diselesaikan di Mesin ATM. Selain boleh mengeluarkan di di ATM, korang boleh jugak bayar bil-bil utiliti, transfer duit ke tabung haji dan bayar AKPK. Nak tau tak cara bayar saman polis di Mesin ATM?

Kalau sebelum ni aku berkongsi tentang Cara Daftar Akaun Tabung Haji di Maybank2u, sekarang aku nak kongsikan pulak Cara Bayar Saman Polis (PDRM) di Mesin ATM Maybank.

Cara Bayar Saman Polis di Mesin ATM

cara bayar saman polis di Mesin ATM
1. sejurus selepas memasukkan pin, korang pilih menu PAYBILLS
Cara bayar saman di ATM MAchine
2. Pilih menu PEMBAYARAN SAMAN PDRM
Cara bayar saman di Mesin ATM
3. Selepas baca pesanan ini, teruskan tekan di menu TERUSKAN.
cara bayar saman polis di Mesin ATM
4. Masukkan nombor kad pengenalan korang atau pihak lain yang disaman dan tekan YA.
cara bayar saman polis di Mesin ATM
5. Pilih saman polis yang hendak dibayar.

Masa aku snap gambar kat ATM mesin untuk tujuan nak buat tutorial ni, aku sendiri terkejut tengok skrin ATM. Ada saman rupanya kereta kat kampung. Siapa nak tolong bayar?

Baca jugak : Cara dapatkan atau cetak semula cukai Jalan sekiranya hilang atau tercicir.

Selesai pembayaran sila simpan resit untuk rujukan akan datang. Nak paling afdal lepas je bayar saman polis kat ATM Maybank tu, cuba terus call pihak Trafik (Polis Trafik) untuk bertanyakan status saman korang.

Biasanya kalau guna mesin ATM ni cepat urusannya. Rekod saman dekat polis pun akan terpadam sejurus pembayaran dibuat.

Sebenarnya, kita boleh cek saman secara online kat MYEG. Tapi aku belum buatlah cara nak cek saman guna MYEG ni. Sempat buat artikel pasal renew insran kereta guna MYEG je.

Kalau nak semak dan bayar saman AES, korang boleh gunakan apps MyeG. Tengok video kat bawah ni untuk cara-cara guna Apps MYEG.