Cara Daftar Dealer Baru Onexox

Untuk menjadi dealer Onexox, seseorang itu perlu menjadi pengguna Onexox terlebih dahulu. Seeloknya pengguna perlu faham secara asas plan Onexox Prepaid dan Black. Dengan menggunakan talian Onexox, barulah seseorang pengguna itu tahu kelebihan Onexox yang boleh disampaikan kepada bakal pengguna baru nanti. Saya kongsikan langkah demi langkah cara daftar dealer baru Onexox.

makan kedai mamak, cerita pasal onexox prepaid dan onexox block.
Sebelum jumpa bakal dealer baru, study dulu apa yang penting.

Dokumen yang diperlukan

Pendaftaran akan dilakukan oleh Area Dealer kerana untuk mengelakkan berlaku pendaftaran palsu. Dealer yang melantik hanya perlu uruskan semua urusan pendaftaran dan menyediakan dokumen yang diperlukan sebelum berjumpa dengan bakal dealer baru.

  1. Borang pendaftaran dealer Onexox (Dealer Application Form)
  2. New Dealer Submission Template (Untuk letak kad pengenalan dealer baru dan dealer yang melantik)
  3. Surat Persetujuan (Form B)
lantik dealer onexox.

Semua dokumen/borang tu boleh didapati di laman web Onesys di bahagian menu Marketing Tools.

Syarat Pertama Jadi Dealer Onexox

Macam yang saya terangkan dalam perenggan awal tadi, bakal dealer mestilah pengguna talian Onexox. Seeloknya (sewajibnya) bakal dealer adalah pengguna Onexox yang didaftarkan oleh dealer yang nak melantik.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang masalah sekiranya ada user luar (yang bukan didaftarkan oleh dealer yang melantik) meminta bantuan anda untuk menjadi dealer. Cumanya ia tidak akan dimasukkan dalam network anda sendiri. Tapi tiada salahnya untuk sama-sama berniaga dan berkongsi tips.

Dealer Black boleh daftar pengguna untuk Plan Prepaid dan Black

Dealer yang menggunakan Plan Prepaid hanya boleh mendaftarkan user Prepaid sahaja. Sekiranya hendak mendaftarkan pelanggan untuk Plan Onexox Black, dealer perlulah upgrade ke plan Black. Minima adalah plan Onexox Black B39. Tetapi yang terbaik adalah plan B59DB.

Dealer boleh tukar ke plan Black pada bila-bila masa. Tapi kalau ikut saranan saya, teruslah bertukar ke plan Onexox Black untuk memudahkan urusan yang tidak dijangka. Manalah tahu tiba-tiba ada bakal user yang nak langgan plan Black B59DB dan B89DB. Kalau dealer tu hanya pengguna prepaid, tak ke rugi dibuatnya?

Lagipun plan Onexox paling popular (hot Selling) pada waktu sekarang adalah plan Onexox Black B59DB dan B89DB.

Langkah Pertama Dealer Baru

Sebagai dealer baru, perkara pertama yang perlu dilakukan adalah belajar beberapa perkara asas berkaitan Onexox.

  1. Fahamkan plan yang ada dalam Onexox. Belajar perbezaan antara Onexox Prepaid dan Onexox Black.
  2. Download aplikasi dealer OneXapp di Onesys dan biasakan dengan paparan pendaftarannya.
  3. Catit semua soalan yang timbul sama ada dari diri sendiri atau pengguna Onexox yang lain dalam nota. Semua soalan ini adalah peluru dan bahan untuk marketing nanti. Ini adalah proses berterusan yang wajib dilakukan dalam mana-mana bisnes pun.
  4. Bila dah buat step pertama tu, boleh mula approach kawan dan keluarga terdekat tentang kelebihan Onexox. Kat sini nanti dah boleh praktikkan apa yang dipelajari kat langkah nombor 2.

Cukup 4 ni dulu. Jangan paksa untuk faham semua sekaligus dalam masa yang singkat. Untuk mahir, kena terus buat. Bermula sebelum sempurna.

Terus tanya kepada dealer

Sebarang persoalan atau permasalahan berkaitan pendaftaran user atau plan Onexox, boleh terus tanya dealer yang tahu. Cara ini lebih praktikal dan senang dihadam.

Bagi anda yang berminat nak jadi dealer Onexox, boleh Whatsapp saya di O1O6OO9966.