Tukar Nombor Maxis ke Onexox

Baru-baru no Encik Rana Ada hubungi saya melalui WhatsApp (O1113346188). Katanya nak migrate atau tukar talian nombor Maxis ke Onexox.

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

9 nombor Maxis yang nak ditukar dan Encik Rana mintak saya bagi pilihan plan terbaik Onexox untuk kesemua 9 nombor Maxis tu.

Nak yang paling jimat dan sejahtera. Sejahtera?

Encik Rana nak 4 nombor khas untuk plan data dan panggilan terbaik. Selebihnya 5 nombor untuk plan Onexox yang biasa.

There you go Mr Rana, saya ada 2 cadangan untuk dipilih.

Pilihan Pertama, Black B39+20 vs Onexox Prepaid.

Onexox Black B39+20 untuk 4 nombor Maxis .

Plan Onexox black ada 5 pilihan. Dalam banyak-banyak plan Onexox Black, saya cadangkan 4 nombor gunakan plan Onexox Black B39+20.

Tapi kena faham dulu beza Onexox Black dan Onexox prepaid

Kenapa B39+20?

Plan ni menepati permintaan Encik Rana iaitu good data and call plan.

Plan Onexox Black B39+20 akan terima 12gb HiSpeed data, 100 sms, dan Unlimited Call setiap bulan.

Kesemua baki data, sms dan minit panggilan akan dicarry forward 100% ke bulan sekiranya tidak dihabiskan.

Dan setiap bulan akan terima data, sms dan minit panggilan seperti biasa.

Komitmen bulanan untuk Onexox B39+20 adalah RM59+6% sst (RM62.54) untuk setiap 1 nombor. Jumlah komitmen bulanan B39+20 untuk 4 nombor adalah RM250.16

Bayaran pendahuluan untuk plan B39+20 ni adalah RM59 untuk setiap 1 nombor.

Jumlah bayaran pendahuluan plan B39+20 untuk 4 nombor ni adalah (RM59x4) = RM236.

Baik. Selesai cadangan pertama untuk 4 nombor. Good data and call plan.

Saya masuk untuk cadangan 5 nombor Maxis yang lain untuk ditukar ke plan biasa Onexox.

Onexox Prepaid untuk 5 nombor Maxis

Untuk 5 lagi nombor Maxis, saya cadangkan untuk bertukar ke Onexox Prepaid dengan tambah nilai RM30.

Tambah nilai RM30 tu sebenarnya untuk beli data 5gb dan 100 minit panggilan yang tak expired.

Kelebihan Onexox Prepaid ni tak perlu tambah nilai sekiranya tak perlu, selama 2 tahun 4 bulan. (28 bulan).

Ye betul. Selagi data 5gb dan 100 minit panggilan tu masih ada, kenapa perlu topup?

Topup hanya sekiranya nak beli data atau minit panggilan tambahan. Biasanya beli happy hour Onexox la.

Dan setiap kali topup, validity atau tempoh sah Onexox Prepaid ni akan bertambah mengikut kiraan rm1 = 1 hari.

Total yang perlu dibayar untuk 1 sim Onexox Prepaid adalah RM10. Kemudian tambah nilai RM30 untuk setiap nombor. Jumlah untuk 1 sim RM40.

Untuk 5 sim, RM40x5 = RM200.

Komitmen bulanan, TIADA.

Kesimpulan pilihan pertama.

4 sim Onexox black B39+20 = RM236

5 sim Onexox Prepaid = RM200

Jumlah = RM436.

Komitmen bulanan untuk kesemua 9 sim = RM250.16.

Tamat untuk pilihan pertama.

Pilihan Kedua, Black B10 vs Onexox Prepaid.

Onexox Black B10 untuk 4 Nombor

Mungkin komitmen plan black B39+20 agak besar, jadi saya bagi pilihan guna plan Black B10.

Kenapa?

B10 adalah plan black paling rendah dalam keluarga Onexox black. Komitmen bulanan hanya RM10.60 dengan dibekalkan 1GB HiSpeed data dan 20 minit panggilan setiap bulan.

Ye, memang data 1gb tak banyak dan tak menepati ciri Good call and data plan, tapi plan Onexox Black B10 ni plan yang fleksibel dan praktikal.

Encik Rana boleh beli data dan minit panggilan tambahan dengan membeli happy hour atau data Season Pass.

Semua data yang dibeli masih tetap boleh dikongsi dan dicarry forward.

Bayaran pendahuluan untuk Onexox B10 adalah RM10. Jadi jumlah yang perlu dibayar untuk 5 sim adalah RM50.

Jumlah komitmen bulanan untuk 1 sim Onexox Black B10 adalah RM10+6% sst = RM10.60.

Jadi jumlah komitmen bulanan untuk 4 sim adalah RM42.40.

Dan lagi 5 nombor, cadangan saya masih sama seperti cadangan pertama, iaitu Onexox Prepaid.

Jumlah keseluruhan bayaran permulaan yang perlu dibayar untuk pilihan kedua ni adalah RM40 (4 sim B10) + RM200 (5 sim Onexox Prepaid).

Jumlah keseluruhan RM240.

Jumlah komitmen bulanan RM42.40 sahaja.

Prepaid : tiada komitmen.

Mana pilihan terbaik?

Anda sendiri tentukan.