Dah Bayar Bil Onexox Black Tapi Tak Masuk Data

Posted by

Saya nak jelaskan kekeliruan seorang user Onexox Black berkaitan sudah Bayar bil Onexox Black tapi data masih belum boleh digunakan.

Dah Terima SMS Pembayaran Berjaya

Dah Bayar Bil Onexox Black Tapi Tak Masuk Data 1
Komen user Onexox Black di artikel Bayar bil Onexox.

Katanya dah topup nombor Onexox Blacknya, tapi data masih belum boleh guna.

User jugak mengatakan dah berjaya terima sms RM0.00: Thank you macam contoh gambar kat bawah ni.

Dah Bayar Bil Onexox Black Tapi Tak Masuk Data 2

Ye betul.

SMS tu menunjukkan user dah berjaya topup nombor Onexox Black dengan jayanya. Cuma persoalannya sekarang kenapa data masih belum boleh digunakan?

Nak mintak tolong bagi rate 5 bintang untuk artikel ni kat hujung artikel. Terima kasih.

Kenapa Data Masih Belum Aktif

Jawapan dia senang.

Saya yakin yang user tu dah habis guna data sebelum tarikh cycle date bil akaunnya. Memandangkan data Onexox Black B59nya sudah habis, dia sangka dengan topup dengan jumlah plan yang dilanggan akan membolehkan dia dapat data baru.

Tetttt!

Salah.

Data, minit panggilan, SMS akan direnew pada tarikh cycle sahaja. Itu adalah item yang dijanjikan untuk diberi pada setiap bulan. Bukannya diberi setiap kali selepas buat pembayaran.

Anda kata tarikh cycle Onexox Black user tu adalah pada 25hb, maka dia perlu tunggu sehingga tarikh 25hb untuk menerima data, minit panggilan dan sms yang baru untuk dimasukkan ke dalam akaun Onexox Blacknya.

Penyelesaian Data Habis Awal

Jadi kalau data tu habis awal sebelum 25hb pada setiap bulan, apa yang user boleh buat?

Mereput lah takde data kan?

No! no! no!

Caranya adalah dengan;

  1. Tunggu tarikh cycle tiba (takkan nak tunggu, lama lagi kot)
  2. Beli data dari user Onexox lain. Tak kisah Onexox Prepaid atau Black
  3. Beli data Add On di menu *150#. Saya tak galakkan, agak mahal berbanding,
  4. Beli data Happy Hour. Untuk mengetahui bila ada tawaran happy hour terkini boleh baca artikel saya kat link tu.

Boleh tonton video yang saya buat berkaitan dah bayar bil Onexox tapi tak masuk data lagi. Data masih belum boleh digunakan lagi.

Untuk anda yang berminat nak tukar talian ke Onexox (Prepaid atau Black) boleh hubungi saya di Whatsapp O1O6OO9966.

Rating Pembaca
[Total: 25 Average: 4.7]

17 comments

  1. Tumpang tanya, mengenai penyelesaian no.2(beli data daru user lain),
    ada tak charge tambahan seperti telco lain?,
    seingat saya Celcom mengenakan 50 sen kepada pemberi kredit dan 20 sen daripada peminta.
    Itu saja, terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *