Tawaran Harijadi Onexox Prepaid dan Black (Data 15GB)

Kebanyakan telco lain akan bagi birthday freebies untuk pelanggan mereka. Onexox tak terkecuali. Onexox pun ada buat offer jugak. Tapi bukan freebies la, tawaran Harijadi Onexox Prepaid dan Black ni kena beli la. Hihihi!

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Dah jangan nak kecewa sangat.

Kita oklah tu ada jugak offer untuk pelanggan sempena harijadi.

Tawaran harijadi onexox prepaid dan black
Tawaran haji jadi untuk pengguna Onexox

Tawaran Harijadi Onexox Prepaid dan Black

Tawarannya adalah pembelian data 15GB dengan harga Rm50.

Jumlah data ini adalah yang paling banyak dalam sejarah pembelian data termasuk mengalahkan harga Happy Hour Onexox.

Kalau Happy Hour, paling tinggi pun boleh dapat 13GB dengan harga RM50. Itupun jarang nak dapat. Paling-paling 2 minggu sekali. Paling cepat, seminggu sekali. Bergantung kepada keadaan.

Data Boleh Disimpan, Kongsi, Carry Forward, Transfer

Macam biasa, dalam Onexox, semua data yang dibeli akan disimpan dalam Season Pass (bagi pengguna Onexox Prepaid). Yang mana semua data tu boleh digunakan sikit-sikit, boleh disimpan dan tak expired.

Manakala untuk pengguna Black, data 15GB tu akan ditambah dalam akaun Onexox Black mereka. Yang mana data tu boleh digunakan sikit-sikit dan boleh carry forward ke bulan depan.

Semua data 15Gb tu sama macam data Season Pass dan Black. Boleh dikongsi (transfer data) ke pengguna Onexox lain sama ada Prepaid atau Black.

Syarat Pembelian Birthday Promo Onexox

2 kali Pembelian Sahaja

Data 15Gb dengan harga RM50 ni hanya boleh dibeli 2 kali sahaja pada bila-bila masa dalam bulan kelahiran pengguna.

Contohnya tarikh hari jadi pengguna adalah 5 haribulan Mac, maka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac dia boleh beli data promo harijadi. Dan dibenarkan untuk beli sebanyak 2 kali menggunakan simkad yang didaftarkan atas namanya.

Tempoh layak beli Birthday Promo

Walaubagaimanapun, pengguna mestilah telah menggunakan Simkad Onexox (Prepaid/Black) melebihi 6 bulan dari tarikh pembelian.

Kira tempoh matang la tu.

Jadi yang belum cecah 6 bulan menggunakan simkad Onexox, kira masih belum boleh beli la birthday promo 15GB dengan harga RM50 ni. Kena tunggu tahun depan baru layak. hehe.

Errrr.. Kalau menurut terma syarat dalam web XOX, Dealer Onexox tak layak untuk beli Birthday Promo ni ye… isk isk.

Dealer Onexox tak layak untuk beli tawaran hari jadi

Cara Beli Tawaran Hari jadi / Birthday Promo

Hantar sms;

SP BDAY50 ke 23388 atau 22111

Yeap.. itu je. Hantar sms SP BDAY50 ke 23388 atau 22111.

Tawaran Happy Hour

Selain dari tawaran birthday promo yang setahun sekali tu, Onexox ada tawaran Happy hour. Jadi bergembiralah sebab happy hour ni lagi kerap dari birthday promo.

Untuk anda yang nak saya ingatkan setiap kali ada tawaran Happy Hour, boleh buat camni;

  1. Save nombor saya O1O6OO9966
  2. Whatsapp saya perkenalkan diri (NAMA)
  3. Bagi plan yang digunakan (Optional)

Sebarang pertanyaan pun boleh Whatsapp saya kat nombor tu. Tapi pertanyaan berkenaan Onexox je lah. Tq.