Cara Panjangkan Tempoh Kredit Simkad Terkini

Saya paham korang yang guna prepaid mesti terasa poket korang kering setiap bulan sebab nak kena topup untuk panjangkan tempoh kredit simkad korang tu.

Letih kan nak topup setiap bulan semata-mata nak panjangkan tempoh kredit.

Biasanya yang jenis berjimat ni lagi kesian, kredit banyak lagi tapi terpaksa pulak nak kena topup semata-mata nak nombor terus aktif.

Cara Panjangkan Tempoh Kredit Digi, Maxis, Umobile, Celcom

Sini aku tunjukkan cara untuk dapatkan tempoh sah simkad panjang pastu korang tak perlu nak pikir pasal topup selagi kredit masih ada.

Untuk pengguna Digi, Maxis,Celcom, Umobile, Tunetalk dan Altel, caranya adalah bertukar ke Onexox Prepaid!

Nak mintak tolong TINGGALKAN KOMEN untuk penulisan ni kat hujung artikel dan share artikel ni kat facebook atau twitter boleh? Terima kasih sangat2.

Harga cuma RM10 dan anda dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan kredit.

Panjang tu.

Contoh Cara Kredit Dipanjangkan setiap kali topup Kredit

Ok, lepas dapat tempoh 2 tahun 4 bulan, kita ambil contoh kredit simkad anda akan expired pada 1 Januari 2080.

Apa akan jadi selepas 1 Januari 2080?

Kalau tak topup langsung, maka simkad tu akan expired lah.

Tapi kalau topup, contohnya topup RM30, maka anda akan dapat tarikh expired baru iaitu 1 Februari 2080.

Tempoh Sah Bertambah Setiap Kali Topup.

Yes!

Tempoh kredit anda bertambah setiap kali anda topup simkad Onexox Prepaid anda tu.

Ianya dikira RM1 = 1 hari.

Kalau topup RM10, maka bertambahlah lagi 10 hari kedepan.

Menarik sangat-sangat kot.

Cara Dapatkan Simkad Onexox Prepaid

Nak dapatkan simkad Onexox boleh terus beli online kat laman web Rasmi Onexox;

  1. Onexox Prepaid ( Klik Switch Over kalau nak kekalkan nombor dari telco lama)
  2. Onexox Black ( Klik Switch Over kalau nak kekalkan nombor dari telco lama)
  3. Hubungi saya di Whatsapp untuk urusan pembelian secara terus (O1O6OO9966)

Tempoh sah aktif simkad onexox yang asal adalah 2 tahun 4 bulan (28 bulan) yang diberikan secara percuma bagi mereka yang berpindah dari telco lama ke onexox dengan mengekalkan nombor lama mereka dan topup RM10 untuk pendaftaran nombor baru.

Sebenarnya tempoh 28 bulan itu sudah cukup lama dan memang tak masuk akal bagi simkad yang wujud kat Malaysia ni.

Tapi manusia itu tamak, kalau boleh nak tempoh sah aktif tu sampai 10 tahun hehehe.

Topup Atau Share Kredit

Pada mereka yang memang nak tempoh aktif tu jadi panjang dan lama tak masuk akal, apa yang korang perlu buat adalah,

pertama: Topup banyak kali dan beli Validity untuk panjangkan tempoh sah kredit.

Dan yang kedua, Topup sekali dan Share kredit dengan nombor onexox lain berkali-kali.

Cara ini tidak pernah didedahkan tapi memang boleh dibuat sebab ada dalam USSD sim onexox.

Cara Panjangkan Tempoh Kredit Simkad Terkini 1
  1. Cek Baki dulu (Dail *132# atau *150*1#)
  2. Masuk ke Menu Transfer Kredit (Dail *150#)
  3. Share MA (Ini adalah fungsi untuk share kredit ke user lain)
Cara Panjangkan Tempoh Kredit Simkad Terkini 2

4. Masukkan pilih jumlah yang nak dishare tu, ada 4 pilihan.

5. Masukkan nombor telefon yang akan terima kredit tu.

6. Berjaya. Saya kongsi RM15 ke 0192061966 jadi nombor tu terus dapat validity 7 hari, dan kredit RM15

Perlu diingatkan, setiap satu perkongsian kredit ke nombor lain yang berjaya akan di caj RM 0.25.

Tapi bagi korang yang suka tempoh aktif panjang, boleh la main transfer kredit ke nombor kawan dan mintak kawan transfer balik kredit ke nombor korang.

Buat atas risiko korang sendiri. Whatsapp 0106OO9966 untuk pilih nombor atau kekalkan nombor korang ke Onexox.

Selain dari cara tu, lebih senang untuk terus beli validity untuk tempoh setahun dan 6 bulan dengan harga RM25 dan RM18 masing-masing.

Kalau rasa cara tu susah, boleh guna Apps Black untuk transfer kredit tu. Boleh baca kelebihan dan cara guna Apps Black pada artikel saya.

Cara Beli Tempoh Sah Panjang / Validity Onexox

Untuk beli tempoh sah setahun, taip sms VALID 12 dan hantar ke 22111. Kredit sebanyak RM25 akan dipotong.

Manakala untuk beli tempoh sah selama 6 bulan, taip sms VALID 6 dan hantar ke 22111. Kredit sebanyak RM18 akan dipotong dari kredit telefon anda.

Kalau guna aplikasi Black lagi senang caranya. Baca cara guna Apps Black untuk beli Validity kat artikel saya yang terbaru.

Jadi camna?

Berminat nak tolong kawan-kawan, mak ayah kat kampung untuk berjimat?

Boleh terus hubungi saya O1O6OO9966. Saya menanti di Whatsapp/SMS/ dan panggilan. Terima kasih.