Pengalaman Saya Serah Diri Ke AKPK Selesai Hutang

Terus terang saya cakap, kita sebenarnya sama. Terperangkap dalam hutang yang kita sangka kita boleh kawal. Pengalaman saya serah diri ke AKPK ni adalah jalan terakhir saya pada waktu tu.

Dan macam dah takde jalan keluar tapi still ramai yang terus duduk dalam kebuntuan tu.

Ni saya nak bagitau, saya pernah kat situ.

Setiap hari bangun tido, benda pertama saya fikir adalah Camna Nak Setel Hutang sehinggalah saya serah diri ke AKPK.

Pengalaman Serah Diri Ke AKPK

Dengan gaji lebih kurang RM3000, komitmen saya melebihi gaji time tu.

Mula-mula dapat gaji besar (3k tu besar weh bagi saya) memang seronok. Saya rasa dunia ni aku yang punya.

apa itu AKPK? Perlu ke pergi?
Setiap masalah pasti ada penyelesaian, yang penting kena mengakui permasalahan tu dulu.

Saya sendiri tak perasan camna saya boleh terjerat kat hutang yang mencengkam hidup saya time tu. Nanti saya cerita kat post lain camna seseorang itu (saya le tu) boleh terlibat dalam keberhutangan yang teruk.

Ok, camna saya boleh ke Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

Sebabnya adalah kerana saya dah jumpa jalan buntu time tu.

Korang tau maksud jalan buntu? Maksudnya;

  • Saya dah tak boleh nak buat loan kat mana-mana agensi lain untuk menutup hutang sedia ada.
  • Saya dah kena naik mahkamah sebab hutang Bank Rakyat yang tertunggak.
  • Hutang Kad kredit yang semakin meningkat faedahnya setiap bulan
  • Bayaran bulanan kereta yang tertunggak setiap bulan (pernah kena tarik)
  • dan macam-macam lagi. Saya tak nak citer nanti korang sedih.

Zaman tu takde lagi orang2 hebat berkongsi cara nak urus dan selesai hutang dalam masa yang sama bina income sendiri macam sekarang ni;

  • Langsai Hutang oleh Zaidi Ismail, (Saya memang cukup kagum cara beliau handle kes hutang yang hampir mustahil pun dia boleh setelkan)
  • Bebas Hutang oleh HM Tuah.
  • Atau anda boleh rujuk 1 teknik pelik dan diluar akal logik untuk selesaikan masalah hutang tu. Saya sedang siapkan panduannya (Percuma). dan saya berani cakap, ini adalah teknik paling tepat dan mudah tapi tak semua orang boleh buat.

Saya jamin, kalau sesiapa yang praktikkan apa yang diaorang ajarkan tu, maka AKPK boleh ‘tutup pendaftaran’

Atau memang saya tertutup hijab kepada jalan penyelesaian hutang yang praktikal itu semua yang akhirnya membawa saya ke AKPK.

Pengalaman Pergi Serah Diri Ke AKPK

Saya tertanya kat mana pengakhiran cerita saya dihimpit masalah keberhutangan yang serius ni? Akhirnya saya pergi serah diri kat AKPK seperti saranan sorang brother ni. Brother ni pun ada masalah keberhutangan yang serius, tapi sejak dia balik dari AKPK, saya ada nampak seri kat muka dia.

Seri yang camtulah saya nak. So saya proceed ke AKPK.

AKPK akan tolong negotiate dengan bank dan aka tolong kutip duit untuk dibayar kepada bank yang kita berhutang secara PERCUMA. Percaya tak?

 Apa Akan Jadi Kalau ke AKPK

Tapi sebelum ke AKPK ada la puak2 lain yang menakutkan saya. Katanya kalau ke AKPK nama saya akan;

  • Disenarai hitam dari sebarang pinjaman kewangan oleh mana2 institusi (kecuali along)
  • Tak boleh beli rumah (saya belum ada rumah weh time tu)
  • Tak boleh beli kereta (time tu saya dah ada 2 kete ehehehe)
  • dan lain-lain saya tak ingat.

Pikir punya pikir, dah memang pun nama saya dah disenaraihitamkan kat mana-mana institusi kewangan jadi apa masalahnye kalau AKPK ‘hitamkan’ lagi nama saya dalam senarainya?

Nothing to lose.

Serius nothing to lose, gelpren pun dah tak nak kat saya time tu. hehehe!

Tapi perlu diingat, bagi mereka yang disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi, AKPK memang tak boleh nak buat apa dah.

Apa Yang AKPK Buat Sebenarnya?

Lepas balik dari AKPK, saya dah paham beberapa perkara (time tu la, sekarang mungkin lain) antaranya (Bantuan yang AKPK berikan);

  1. Bankrapsi bukanlah pengakhiran kehidupan. (Takdenye cop muflis kat dahi tu haaa)
  2. Memang ramai anak muda kat Malaysia yang dah capai status muflis (Im not alone)
  3. Komitmen hutang saya makin kecik (Inilah tugas AKPK)
  4. Hutang tak perlu ditakuti, hanya perlu diuruskan
  5. Terima hakikat, dan perbetulkan langkah seterusnya

Merujuk kat point nombor 3 tu, saya nak bagi contoh.

Katalah kita ada 5 kad kredit dan setiap kad kena bayar minimum payment RM300 untuk setiap kad, so 5 kad kredit ko kena bayar total RM1500 lah kan untuk kesemua kad?

AKPK akan bantu kita untuk jadikan bayaran RM1500 tu jadi lebih rendah.

Contohnya dari RM1500 tadi kita hanya akan bayar RM600 untuk kesemua kredit kad tu.

Dan ianya melalui AKPK. (Formula pengiraan sebenar memang saya tak pasti, tapi rasanya AKPK akan bagi amaun paling rendah mengikut kemampuan kita)

Camtu jugak dengan loan-loan lain. Contoh loan lain tu macam pinjaman peribadi.

Katalah kita ada 3 pinjaman peribadi kat 3 Bank yang berbeza (Ah Long tak termasuk ye), AKPK akan gabungkan semua bayaran bulanan tu jadi 1. 3 lubang jadi 1 lubang.

Ini AKPK punya urusan. Tak silap saya kadar faedah pun jadi berkurangan kot. Mohon rujuk balik kat AKPK. Saya tak ingat sebab nama saya dibatalkan di AKPK setelah beberapa bulan. Sebab apa dibatalkan?

Teruskan membaca.

7 Dokumen Yang Perlu Dibawa ke AKPK

  1. The latest Central Credit Reference Information Report (CCRIS) – This report is available at all our branches.
  2. NRIC photocopy
  3. Latest Salary Slip (3 month)/ Evidence of Income
  4. Employee Provident Fund (EPF) statement
  5. Legal proceedings documents (if any)
  6. Latest Income Tax Statements (if any)
  7. Latest Credit Cards/Loans Statements.

Walaubagaimanapun, korang perlu untuk menghubungi pihak AKPK terlebih dahulu sebelum datang ke AKPK untuk membuat temujanji.

Daftar untuk temujanji akpk di AKPK.com.my

Hutang Tetap Kena Bayar Sampai Langsai

Nampak tak kenapa perlu ke AKPK? Komitmen akan jadi rendah dan selebihnya kita kena berusaha untuk selesaikan hutang tu. Hutang tetap hutang, kena bayar. Kita kena bayar semua hutang-hutang tadi melalui AKPK.

Maksudnya kita bayar kat AKPK, dan AKPK akan guna duit kita tadi untuk bayarkan hutang-hutang kita kat bank-bank yang terlibat. Loan kereta tak termasuk. Kena bayar macam biasa.

Tapi pinjaman kereta atas nama kita akan dimasukkan dalam special kes dalam sistem bank.

Saya jugak dipahamkan, AKPK boleh jugak negotiate dengan Ah Long. Selain dari tu, yang tak nak kena halang dari keluar negara sebab tak bayar PTPTN boleh la datang berbincang dengan AKPK.

Nama Dibatalkan Dari Senarai AKPK Bila Tak Bayar dan Tiada Peluang Kedua

Bila AKPK dah bagi kemudahan camni, kita tak boleh ingkar untuk membayar pulak.

Sebab kalau ingkar AKPK akan batalkan nama kita dari senarai dan time tu pandai2 lah kita buat pembayaran sendiri ke bank-bank tadi. Macam kes saya, time tu saya tak bayar 2 bulan kat AKPK secara berturut.

Terus AKPK batalkan nama saya dari senarai program DMP tu TANPA NOTIS okey!

Mujurlah saya dapat selesaikan kesemua hutang-hutang saya selepas AKPK buang nama saya aritu. Tapi apa yang saya cuba nak bagitau, lepas balik dari program AKPK tu, tidur saya jadi nyenyak. Bangun tidur dengan ceria tanpa nak pikir pasal hutang.

Jadi apa yang takut sangat nak serah diri ke AKPK? AKPK memang tolong struktur balik hutang-hutang saya dan saya mendapat peace of mind.

Nama Clear Selepas 6 Bulan

Sebenarnya tempoh 6 bulan yang saya maksudkan adalah tempoh yang diberitahu kepada saya oleh pihak AKPK secara tak rasmi. Kiranya bagitahu secara sembang kosong. Tiada sebarang bukti rasmi. Saya sendiri tak buat loan selepas setahun lebih saya selesaikan hutang saya di bank.

Ada perkongsian dari salah seorang peserta AKPK yang baru tamat program dalam komen artikel ini berkaitan tempoh sebenar nama boleh clear dari CCRIS dan Bank Negara Malaysia.

Saya baru lepas bayar penuh akpk saya pada 13 jan 2020..saya ni jenis mmg selalu follow up byk kali dgn bank & akpk..at last nama saya dah clear dari akpk tak sampai sebulan.. Cuma dekat ccris belum clear lagi.. Pihak bank Islam bagitahu saya diaorang update report to bnm setiap 15hb..lepas dari date ini baru clear dari ccris and baru boleh apply loan.

Perkongsian sebenar dari peserta AKPK yang selesaikan hutang dan tamat di program AKPK.

Oh ye, lepas setahun dari kes tu barulah saya berani buat pinjaman perumahan dan kereta. Alhamdulillah semua berjalan lancar.

Rekod kewangan saya pulak, boleh dikatakan cantik macam bayi baru lahir. Semuanya lancar. Dan yang paling best, saya ada pengalaman camna saya leh terjerat kat perangkap hutang.

Dan saya rekomen korang yang nasib sama macam saya, cuba baca teknik dan belajar cara selesai atau langsaikan hutang. Sebenarnya banyak pelajaran yang saya dapat dari pengalaman saya yang sebelum ni.

Kepada mereka yang sedang menghadapi masalah yang sama, satu je saya nak bagitau, ini bukanlah pengakhiran.

cara nak setelkan hutang
Petikan komen dari artikel di blog Pakdi.net berkenaan Setel Hutang

Jalan masih bercahaya dan luas di depan. Bebaskan diri sendiri, terimalah hakikat. Tips paling best saya boleh sarankan adalah, mulakanlah bersedekah walaupun kita tak banyak duit. Sebab dengan bersedekah kita akan merasakan kita mempunyai segalanya (duit, kesihatan, kebahagiaan dll).

Dengan rasa itu kita akan menzahirkannya ke alam yang nyata ini.

Untuk sebarang pertanyaan tentang AKPK korang boleh terus hubungi nombor telefon AKPK ni 0326167766. Tanyalah puas-puas kat situ.

Kalau korang masih ragu-ragu, baca artikel saya yang bertajuk Perlu ke saya ke AKPK?

Kat situ saya terangkan kenapa masih ada yang ragu-ragu untuk ke AKPK sedangkan hutang dah menghimpit diri.

Podcast saya berkongsi berkenaan pengalaman saya dalam dunia hutang dan serah diri ke AKPK.

p/s : Artikel ni saya tulis berdasarkan pengalaman saya dengan AKPK pada tahun 2008.