Apa je kelebihan Onexox Black berbanding prepaid? Dan kenapa korang perlu tukar Onexox Prepaid ke Onexox Black?
Dan kenapa korang perlu bertukar dari Digi, Celcom, Maxis, Tunetalk, Tone Excel, Tone Plus ke Onexox (Black/Prepaid)
Isi Kandungan
Beza Onexox Prepaid dan Onexox Black
Kedua-dua onexox prepaid dan Black gunakan topup.
Jadi apa bezanya?
Dah tentu terletak pada plannya.
Onexox Prepaid terkenal data Season Pass yang boleh disimpan dan digunakan sikit demi sedikit.
Maksud sedikit demi sedikit tu adalah aktifkan data yang nak digunakan. Data mana yang nak digunakan? Data dari Season Pass tu tadilah.
Kat sini pada siapa yang pandai bajet penggunaan data, suka la.
Kelemahannya, data yang diaktifkan kalau tak habis digunakan dalam tempoh 30 hari, akan burn.
Contohnya user ada 10GB kat season pass, dia aktifkan 1GB untuk 30 hari untuk digunakan. Dalam masa 30 hari, user cuma gunakan 700MB je, maka 300MB akan burn.
Ingat yang burn hanya data yang diaktifkan tau, yang dalam season pass tu masih maintain sebab ia belum diaktifkan.
Kelebihan onexox prepaid?
Tak perlu topup sekiranya tak nak topup atau tak diperlukan.
Sebab onexox prepaid ada tempoh aktif minimum yang sangat panjang iaitu 2 tahun 4 bulan.
Dah kalau data season pass masih ada 20gb, minit panggilan ada 100 minit, nak buat apa topup kan? Habiskan dulu la mana yang ada.
Nanti dah habis data atau nak beli season pass, barulah topup.
Ingat! Semakin korang topup onexox prepaid ni, semakin jauh validitynya.
Onexox Black
Beza dengan Onexox Black ni, takde istilah aktifkan data.
Sebab apa?
Sebab datanya sentiasa aktif.
Ok saya ambik contoh plan Onexox Black B59.
Setiap bulan saya akan dapat 12GB data dan 100 minit panggilan.
Saya tak perlu aktifkan berapa data yang saya nak gunakan. SayaSaya h perlu guna data yang ada, yang diberi tu secara terus.
Andai kata dalam bulan tu saya cuma guna 6GB je, bulan depan untuk cycle baru saya akan terima lagi 12GB data hi-speed dan 100 minit panggilan.
Jadi totalnya berapa?
Baki data bulan lepas – 6GB
Peruntukan data untuk Bulan baru – 12GB
Total jadi 18GB data. Camtulah seterusnya. Setiap bulan data yang tak habis digunakan akan di bawak bulan depan dan ditambah dengan data baru.
Omputih kata carry foward data. Burn Proof data.
Kelebihan Onexox Black?
Tak perlu fikir nak aktifkan data. Hanya perlu guna peruntukan bulanan yang diberi. Tak habisĀ akan carry forward.
Kekurangan Onexox Black
Kena topup setiap bulan mengikut plan yang dilanggan. Kalau B10, maka RM10 setiap bulan.
Baca berkaitan plan Onexox Black lengkap sekarang.
Perbezaan Onexox Prepaid dan Onexox Black
Nampak beza dia?
Onexox Prepaid – perlu aktifkan data season pass.
Onexox Black – hanya perlu guna tanpa fikir berapa perlu diaktifkan.
Kalau onexox black habis data camna?
Cepat-cepat la beli Season Pass atau Happy Hour season pass untuk tambah data sebelum datang next cycle.
Saya ada terangkan isu camni kat artikel tambah data onexox Black. Boleh la jenguk sana.
Mana yang terbaik?
Benda ni subjektif.
Pada saya kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.
Tengok pada penggunaan;
- Berapa banyak data digunakan secara purata
- Berapa minit panggilan dalam masa sebulan
- Berapa total kos topup atau bayar bil sebulan
Daripada jawapan kepada soalan-soalan ni, saya tahu plan mana yang sesuai untuk korang.
Tukar Onexox Prepaid ke Onexox Black.
Nak convert Onexox Prepaid ke Black pun boleh hubungi saya 01O6OO9966.
Sebab cara nak convert onexox prepaid ke Black dan sebaliknya Black ke Prepaid boleh diuruskan oleh dealer.
Whatsapp saya.
Saya beri layanan terbaik. InsyaAllah.
Kalau tak silap dlm Q&A kata baki data black yg boleh carry forward max 100mb kan?
Sikitnya wak. Bukan 100mb.. tapi 100gb…
Oye parah dah mata kena jumpa pakar mata lani nnti… Ok noted. Lpas upgrade ke black ada tulis amount due -RM30 lebih tu apa ye? Main2 negatif pula sya bukan akauntan. Sya blom tukar tapi kawan dah tukar. Tanya dia, dia pon tak tahu. Tkasih.
Tu maksudnya akaun dia ada kredit rm30. Kalau takde tanda negatif, tu maksudnya bil dia tertunggak rm30.
Klau nk tukar black plan ke biasa mcm mana??
Yang tu terus call 12273 untuk permohonan.
kalau user get user / jadi dealer, prepaid boleh taja black & black boleh taja prepaid tak? kiraan komisyen macam mana?
Boleh. Asalkan kita rekemen orang guna onexox, tak kiralah black atau prepaid, dan tak kira kita black atau prepaid, tetap dapat UGU 6%
kalau user get user / jadi dealer, prepaid boleh taja black atau black boleh taja prepaid tak? atau kena sama plan?
saya dealer xox . sy dah tukar ke plan xox black . macam mana nak tukarkan user bawah saya ke xox black ?
Whatsapp saya.
Assalam sy nak tnya… Sy sudah langganan B39 jika sy tukar pakej combo SP C1 masihkah sms B39 yg sy langganan membawa kehadapan???
Yes masih.
Tq atas into En adzril
Jika plan Onexox Black B10, ada akaun tulis amount due -RM10. Jadi topup RM5 sahaja sebelum datang tarikh bil cycle. Sebab komitmen bulanan RM10.60
Betul ke pemahaman saya?
Topup rm0.60 pun cukup tu.. Tapi kalau topup lebih pun ok. Kalau topup rm5 nanti amt due jadi -RM15.00. Pada tarikh cycle bil baru akan ditolak rm10.60.
Assalamulailum
Tolong saya nak upgrade onexox prepaid whatsapp saya (ammar)
Ammar boleh whatsapp saya 0106009966
[…] the way, kalau anda user yang baru nak gunakan Onexox atau nak upgrade dari Onexox Prepaid ke Onexox Black, boleh Whatsapp saya O1O6OO9966. Kita pilih plan mana yang sesuai untuk […]
Kalau plan black b89 yang voice unlimited tu, bole ke share voice tu ngan account black lain? Kalau boleh berapa maximum boleh share?
Bila dah unlimited ni, dia takde nombor atau angka. Jadi tak boleh la nak share. semua plan Black yang unlimited call, B89, b89db, b59, b59db, b39plus50 ni semua unlimited call. Tak boleh share minit.
sebab tu saya masih stay b39. Saya tetap pegang pada bayar apa yang kita perlu.
Knpa data xox cpt sgt habis..alasan kata laju tpi sy tgk sama jer dgn line2 telco yg lain..
bukan alasan.. mmg laju tak takde capped. siapa kita untuk mengatakan sama dengan telco lain tanpa lihat pada data statistik penggunaan yang disediakan oleh sistem phone itu?