Bang, camna saya nak tambah data onexox? Saya nak tambah beli data onexox black, tanya sorang user ni.
Saya tanya dia balik,
Adik ambik pakej apa?
Tak tau, ada orang bagi free je. Dia jawab.
Oh, tahulah saya. Itu mesti pakej B10 onexox black.
Isi Kandungan
Tambah Beli Data Onexox Black
Ada sesetengah sikap segelintir Dealer Onexox yang ”bagi free” simkad dengan pakej B10 ni kepada user tanpa tanya user punya corak penggunaan phone (data dan panggilan). Walaupun saya bagi contoh Onexox B10, tapi artikel ni terpakai untuk semua plan Onexox sama ada prepaid atau Black.
Okay saya sambung.
Saya tanya lagi, “Orang yang bagi sim ni tak bagitahu apa-apa ke pasal Onexox Black B10 ni?”
“Takde bang, Dia cuma cakap, kalau data habis topup RM10 setel. Nanti data akan diperbaharui” – Dia jawab.
I was like, seriuslah weh.
Saya terus cakap dengan user ni, “Takpe dik, biar abang terangkan”
Penerangan saya tentang B10 Onexox Black.
B10 ni bayaran sebulan RM10. Setiap bulan ‘wajib’ topup RM10. (termasuk 6% SST jadi RM10.60). Setiap bulan B10 Onexox Black akan terima 1GB Hi- Speed data dan 20 minit panggilan.
Kalau data 1GB dan 20 minit panggilan tu habis, kena tunggu cycle (tarikh) seterusnya untuk dapat balik 1gb dan 20 minit tu. Kalau bayar RM10.60 tu awal pun, tetap kena tunggu cycle bil baru untuk dapat data dan minit panggilan baru.
Dalam kes user ni,
Data 1GB habis, 20 minit panggilan pun habis. Dia topup RM10 lagi sebab katanya boleh dapat lagi 1GB dan 20 minit. Tapi lepas dail *150*1# ternyata paparan menunjukkan data dan minit panggilan masih belum diperbaharui.
Nilai topup dia hanya akan ditolak bila cukup cyclenya dan time tu akan dapat lagi 1gb Hi Speed data dan 20 minit panggilan. Biasanya pada hujung cycle.
Semua plan onexox Black sama je konsepnya. Sama ada B10, B39, B59, B59DB, B89DB atau B149 perlu tunggu cycle seterusnya untuk terima data dan minit panggilan.
Lepas saya terangkan barulah user ni faham. Marah betul dia kat kat dealer onexox yang bagi dia free sim ni. Arahan tak jelas.
Tambah Data Untuk Onexox Black
“Jadi camna saya nak tambah data bang?” Masih bertanya.
Saya bagi solution, sama ada dia;
- Beli data seasonpass dari user onexox lain atau,
- Beli Season Pass (Data atau panggilan) dari menu *150# atau beli guna apps Black. Yang paling popular adalah RM50 untuk 10gb data dan RM30 untuk 5GB data. Semua data tu bersifat tak expired. atau,
- Tunggu Happy Hour Season Pass atau,
- Tunggu next month (cycle B10) untuk terima pakej B10 iaitu 1GB data dan 20 minit panggilan atau
- Add data. Caranya SMS Add 2GB atau Add 5GB ke 23388. atau guna Apps Black untuk add data.
Harga Add On ni tak sama dengan harga Pakej Black bulanan tu, of course la kan.
- 2GB tu harga RM18
- 5GB harganya RM40. (lebih baik beli data tambahan 5Gb dengan harga RM30 seperti yang saya terangkan dalam perenggan di atas)
So user pun topup lagi RM10 dan Add On data 2GB.
Saya tanya user ni umur dia berapa?
Dia cakap sekolah lagi tingkatan 5.
Alahai, kalau sekolah lagi elok la ambik Onexox Prepaid.
Sebab apa?
Sebab onexox prepaid bagi tempoh sah aktif panjang. 2 tahun 4 bulan. Lepas tu boleh beli data harian RM3 dapat 1GB untuk 24 jam.
Ye, saya tau kalau student ni memang suka beli data harian. Dealer ni pun satu. Kejar activation je. Kenalah tahu apa yang user perlukan.
Lepas tu kenalah terangkan kat user camna nak tambah data, camna nak bayar/topup bil Onexox Black.
Ada pulak student dibaginya onexox black B10. Yang student ni pun satu hal. Asal free je ko rembat. Komitmen masa depan untuk topup ada fikir?
Nasib baik ada hero membantu ๐ hehehe.
Jadi korang nak onexox Black atau Onexox prepaid boleh whatsapp saya kat O1O6OO9966. Yang tak paham saya kasi paham. Yang keliru saya akan terangkan.
Yang pakai Digi, Maxis, Umobile, Tunetalk, ToneExcel, TonePlus, Tronexues saya tolong tukar ke Onexox (Prepaid atau Black).
Terbaik๐๐๐terima kasih adzril penerangan blog adzril JELAS/dan KEMAS…sangat membantu samaada sub/dealer/AD mahupun user ONEXOX.sy harap adril keep share perkara/ilmu yg sgt bermaafaat ini..๐
Minta tlg..sy nk tau mcmana nk tamatkan perkhidmatan XOX 39 Plus 20???sy xtau ni..sy cuma ikut org kdai tu suggest sb beli fon….skrg dh banned Sb xtau dn dh cri semua kdai tp xde yg byr Line XOX…sy mmg xde info lnsng…so dh bc en adzril pnya penjelasan…baru fhm sikit2…still sy xnk line dh…mcmana??tlg sy??
Whatsapp saya 0106009966
onexox black tak dapat call tak dapat sms tapi signal masih ada,kata kawan i dah kena block,nak buat macam mana?
Bayar bil tertunggak. Dail *150*1# utk tgk berapa yg tertunggak.
[…] sama macam topup bil Black. Dail […]
season pass ni aktif untuk bulan yang kita bayar je atau akan auto renew tiap bulan. sebab kadang2 kan sesetengah bulan tu je perlukan data lebih. taknak la tiap bulan. auto renew ke season pass ni? kalau ya, mcam mana nak cancel dr auto renew or stopkan data tu. dan season pass ni boleh pakai sampai sebelum tamat cycle date kan?
seasonpass data ni kita boleh beli bila2 kita nak. takde auto renew. data yang diaktifkan dari seasonpass itu barulah ada auto renew. itupun boleh di offkan fungsi auto renewnnya.
[…] Ada beberapa channel yang boleh digunakan untuk topup Onexox. […]