Kebanyakan telco lain akan bagi birthday freebies untuk pelanggan mereka. Onexox tak terkecuali. Onexox pun ada buat offer jugak. Tapi bukan freebies la, tawaran Harijadi Onexox Prepaid dan Black ni kena beli la. Hihihi!
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Dah jangan nak kecewa sangat.
Kita oklah tu ada jugak offer untuk pelanggan sempena harijadi.
Isi Kandungan
Tawaran Harijadi Onexox Prepaid dan Black
Tawarannya adalah pembelian data 15GB dengan harga Rm50.
Jumlah data ini adalah yang paling banyak dalam sejarah pembelian data termasuk mengalahkan harga Happy Hour Onexox.
Kalau Happy Hour, paling tinggi pun boleh dapat 13GB dengan harga RM50. Itupun jarang nak dapat. Paling-paling 2 minggu sekali. Paling cepat, seminggu sekali. Bergantung kepada keadaan.
Data Boleh Disimpan, Kongsi, Carry Forward, Transfer
Macam biasa, dalam Onexox, semua data yang dibeli akan disimpan dalam Season Pass (bagi pengguna Onexox Prepaid). Yang mana semua data tu boleh digunakan sikit-sikit, boleh disimpan dan tak expired.
Manakala untuk pengguna Black, data 15GB tu akan ditambah dalam akaun Onexox Black mereka. Yang mana data tu boleh digunakan sikit-sikit dan boleh carry forward ke bulan depan.
Semua data 15Gb tu sama macam data Season Pass dan Black. Boleh dikongsi (transfer data) ke pengguna Onexox lain sama ada Prepaid atau Black.
Syarat Pembelian Birthday Promo Onexox
2 kali Pembelian Sahaja
Data 15Gb dengan harga RM50 ni hanya boleh dibeli 2 kali sahaja pada bila-bila masa dalam bulan kelahiran pengguna.
Contohnya tarikh hari jadi pengguna adalah 5 haribulan Mac, maka bermula 1 Mac sehingga 31 Mac dia boleh beli data promo harijadi. Dan dibenarkan untuk beli sebanyak 2 kali menggunakan simkad yang didaftarkan atas namanya.
Tempoh layak beli Birthday Promo
Walaubagaimanapun, pengguna mestilah telah menggunakan Simkad Onexox (Prepaid/Black) melebihi 6 bulan dari tarikh pembelian.
Kira tempoh matang la tu.
Jadi yang belum cecah 6 bulan menggunakan simkad Onexox, kira masih belum boleh beli la birthday promo 15GB dengan harga RM50 ni. Kena tunggu tahun depan baru layak. hehe.
Errrr.. Kalau menurut terma syarat dalam web XOX, Dealer Onexox tak layak untuk beli Birthday Promo ni ye… isk isk.
Cara Beli Tawaran Hari jadi / Birthday Promo
Hantar sms;
SP BDAY50 ke 23388 atau 22111
Yeap.. itu je. Hantar sms SP BDAY50 ke 23388 atau 22111.
Tawaran Happy Hour
Selain dari tawaran birthday promo yang setahun sekali tu, Onexox ada tawaran Happy hour. Jadi bergembiralah sebab happy hour ni lagi kerap dari birthday promo.
Untuk anda yang nak saya ingatkan setiap kali ada tawaran Happy Hour, boleh buat camni;
- Save nombor saya O1O6OO9966
- Whatsapp saya perkenalkan diri (NAMA)
- Bagi plan yang digunakan (Optional)
Sebarang pertanyaan pun boleh Whatsapp saya kat nombor tu. Tapi pertanyaan berkenaan Onexox je lah. Tq.
Tuan.. Happy hour paling tinggi setakat ni ialah 14GB… Rasanya 2 hari sebelum raya tempoh hari.
owh ye kan? ok2.. kira dah menghampiri birthday promo la.
Tumpang tanya, mengenai “tempoh matang 6 bulan”, kalau kita pengguna lama onexox prepaid dan baru tukar ke black, tak ada masalah kan?, ke dia reset semula 6 bulan tu?, tq..
Iyer.. takde reset. Dalam rekod tetap pengguna setia onexox hehe
Wowwwwwww. Lumayan berganda2.
oh yeahh
Terbaek!
Pegguna bijak harusnye ambil berat dngn ape yg di bayar @ di beli.. sy di fhamkan minit pggilan dan sms carry forward tiada had limit kan.. knape yg tu bole..? Jd knapa data di hadkn hanya 100Gb sahaja..? Agak kurag adil jgk la.. sptutnye carry forward evry thing laa atas cogan kata #BURNPROOF.. pegguna nk guna scara berhemah @ tidak itu hak pegguna itu sendiri yg byar @ beli… sy yakin sekiranya evry data carry forward tiada had limit (Terkumpul).. sama seperti minit dan sms.. pasti berpusu² org tuka ke BLACK @ ONEXOX..
maafkn sy.. doakn sy.. skadar pandangan…
#support
Jgn lupa rate semua artikal² adzril kite 5star guys..😉🤝…
#BURNPROOF EVRY THING
CARRY FORWARD KE..??
Terima kasih atas pendapat. Ok, bab tu saya kira sebagai perkara yg bukan dalam kawalan saya sebagai user dan dealer.
Jadi sebagai dealer saya akan nasihatkan sesiapa yang datanya sudah mencecah 100gb, untuk downgrade ke plan yg lebih rendah.
Tapi sekiranya user tak nak, atau tak kisah saya cadangkan user untuk jual data tu kepada user lain dan duit tu boleh tampung untuk bayar bill.
Itulah yg saya buat atas t.jawab saya sebagai dealer. Benda yg boleb kita kawal, kita kawal.
Btw, yg limit ni hanya untuk pengguna black.
Prepaid boleh timbun berapa byk pun data dalam seasonpass.
Nak aktif kn nmor telefon
boleh