Betul-betul bagi penangan hebat la Onexox Black ni. Semakin ramai bertukar ke Onexox Black. Tapi ramai pulak masih keliru cara baca dan semak bil baki akaun Onexox Black ni.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Saya tak nak detailkan itemised bil yang dihantar ke email atau yang dipos tu. Detail sangat pulak nanti.
Cara Baca dan Semak Bil Baki Akaun Onexox Black
Saya baca line by line la ye;
- 6O1O6OO9966 – Dah tentulah nombor telefon
- Status : active – Maksudnya akaun Onexox Black saya ni boleh terima panggilan masuk dan boleh buat panggilan keluar. Kalau tak bayar bil camna? Hehe
- Plan : B59 – Ini plan Onexox Black B59. Yang dapat 12GB data (sekarang 15GB), 100 minit panggilan dan 100 sms setiap bulan tu. Ada jugak plan lain yang masing-masing berbeza mengikut kesesuaian pengguna.
- Plan renewal day : 25 – Maksudnya, setiap 25 haribulan setiap bulan, pemotongan kredit akan berlaku. Saya kena pastikan pada 25 haribulan setiap bulan akaun saya mesti dah topup RM59.
- Curr Usg : RM0.00 – Maksudnya current usage. Penggunaan terkini saya selain komitmen bulanan tu. Contohnya saya transfer data internet ke user Onexox lain, caj RM0.50 akan dikenakan, ini akan dimasukkan dalam current usage. Ataupun kalau saya nak beli Happy Hour RM30, maka jumlah RM30 tu akan dimasukkan ke current usage. Cukup bulan (25 haribulan) sebulan tu akan dikontrakan (ditolak) dengan Amt Due.
- Amt Due: Rm-9.79 – Ini adalah baki tertunggak. Negatif kan? maksudnya saya terlebih bayar untuk bulan tu. Yang ni jumlah kredit yang saya ada. Contoh RM-9.79 tu maksudnya saya ada lebihan kredit. Kalau dia RM9.79, tu maksudnya saya berhutang RM9.79 dengan Onexox. Kena bayar cepat la.
- 23.17GB – Ini jumlah data terkumpul saya. Semua data yang carry forward akan ditotalkan kat sini dengan data wajib bulanan tu. (Max 100gb)
- 365.0mins – Ini jumlah minit panggilan saya yang terkumpul.
- 364SMS – Ini jumlah SMS yang terkumpul dalam akaun black saya setakat ini.
Semua data, minit panggilan dan sms tu saya boleh kongsi/jual kat user Onexox lain tau.
Kalau saya transfer data, minit panggilan atau sms tu ke Onexox prepaid, dia akan masuk ke Season Pass.
Kalau saya transfer ke Onexox Black, data akan masuk ke errrr Onexox Black lah. Hehe.
And yes, semua tu takde tarikh expired. Kat prepaid akan tersimpan kat Season Pass selagi sim aktif.
Kat Black akan tersimpan akaun Black dan akan carry forward selagi tak digunakan.
Faham?
Kalau tak faham you can always Whatsapp me O1O6OO9966 untuk bertanya.
Layan video ni untuk lebih memahami.
Yang pengguna Program Tone Excel, Tone Plus, Tronexues nak bertukar ke real telco, boleh hubungi saya.
Saya nak tanya.. apa maksud current usage tu? Saya tak berapa faham sangat.. tolong jelaskan dgn lebih lanjut. Adakah dia sama maksud dgn caj penggunaan tambahan.. so, saya kena bayar ke ataupun tak?
Let say awak beli happyhour dalam bulan tu, pembelian tu akan masuk current usage.
Atau kalau minit panggilan dah habis, tp awak buat call lagi, maka itupun akan dicaj dan diupdate dalam current usage.
Ataau share data, minit atau sms ke user onexox lain, akan di caj 50 sen, itu pun akan dimasukkan current usage utk bulan tu.
Dan ye, kena bayar utk next cycle bill.
Macam mana saya nak bayar bil tunggakan onexox black klo simkad saya hilang? Dan macam saya nk cek tunggakn tersebut
Call 1300 888 010
Salam kenapa saya punya balance tulis -Rm26 sedangkan setiap bulan saya topup saya masih tidak faham lagi cara menggunakan xox
-RM26 tu maksudnya terlebih bayar.
Unbill amount tu apa ye? Boleh bg pencerahan ?. tgk kat amount due negatif mmg terlebih byr dh. Dkt unbill amount ada byk.. confuseee
pengunaan bulan terkini. Pengunaan terkini takkan dikira selagi cycle bil belum tamat.
Kalau sim card kita sudah terminate n then kita nk bayar baki tunggakan macamana?
Pastu kalau sim card kita memang terminate mean baki tunggakan sampai situ saja kan ? ke akan ada baki tunggakan tambahan untuk bulan seterusnya?
1. hubungi pihak onexox. baca artikel ni utk keterangan lanjut.
2. yes, maksimum 3 bulan bil sahaja. tidak bertambah,
soalan 1…saya nk tanya cth sy guna plan b89db….Internet guna dulu hujung bulan kena byr bil..ok sy byr untuk internet yg dh guna bulan sebelumnya .. adakah plan tersebut auto-renewal selepas sy byr bil…??
soalan 2… klu la auto-renewal plan n siap tulis dh rm-94 masa bru je selesai byr bil sblumnya.. mcm mna sy nk terminate plan sbb nk beralih ke telco lain..?adakah sy akan di caj lg..??
1. salah. konsep black adalah bayar dulu baru dapat. means bila kita bayar RM89 utk permulaan tu, barulah kita dapat 100GB, unlimited call dan 200 sms tu. Jadi setiap bulan sebelum cycle date, kita perlu bayar dulu sebelum sistem masukkan semua tu secara auto. kalau gagal bayar, jumlah 94.34 tu akan cari tunggakan pada cycle date itu juga.
2. asalkan dah -94.34 maka boleh ke telco lain. good luck.
Assalamualaikum.
Bagaimana sy nk check baki data dari telco lain atau online checking. sbb sy guna onexox black ni utk modem hotspot.
guna apps black. install appsblack kat sini https://adzril.com/appsblack
Hi nak tanya, kalau da overpaid kan tapi next billing dia tak tolak pun. Kenapa ya ?
mesti tolak utk next billing.. Whtsapp saya 0106009966 untuk penelitian lanjut.
AsSalam.
Nak tanya, klu pkai postpaid tapi topup guna maybank 2u kat xox prepaid boleh ker?
boleh. beli topup XOX Prepaid macam biasa dan key in pin selepas membuat pembelian.
rujuk artikel ini untuk tak keliru https://adzril.com/topup-onexox-tak-masuk/
Assalam nak tnya
Saya baru guna bil xox.Data saya tinggal 2.84G.
Renew 8/12.
Kalau habis nak buat mcm mana
beli data tambahan atau tunggu tarikh cycle. untuk keterangan lanjut wahtsapp saya 0106009966
Assalamualaikum encik
saya nak ty
saya daftar black active 30/10 (RM59)
1/12 (cycle baru-saya lambat bayar)
4/12 -saya bayar RM59 (x tahu kena SST)
8/12- saya bayar lagi RM66.10 (RM3.55- iaitu baki tunggakan dr SST cycle petama yg x byr tu) dan telebih bayar untuk 1 bulan seterusnya RM62.55 .😞 konfius jap
jadi apa akan jadi pada bayaran yang telebih itu ye, cycle kedua 1/1/2021 sy kena bayar lagi ke?
tak perlu. nanti sistem akan potong yang overpay tu.
Assalam
Sy langgan plan xox b59. Data cepat abis sbb tngok tv live sambung gunakan hotspot xox. Baki bil -rm90 tapi data 0 dan tak boleh online, buka medsos. Mcna sy nak tambah data?
Wasalam. Cepat habis sebab awk stream hi definition kot.
Data dah 0 mmg tak boleh online sebab dah habis quota 44gb.
Cadangan:
1. Tunggu cycle date baru
2. Beli data add on di menu *150# atau apps black
3. Upgrade ke plan b89db.
Nak tanya, kalau bulan 8 kita punya bill dia tulis 0.00, lepas tu kita tak bayar untuk 9, kena barred x lepas cycle bil bulan 10 dah update
ye.. kalau yang tertunggak tak dibayar dalam tempoh sebulan, akan jadi barred.
Salam boleh tolong check kan no simkad saya.. saya nk byar bil.. tapi saya lupa no fon yang saya pakai dulu
boleh.