Onexox prepaid paling terkenal dengan tempoh sah aktif yang panjang tak masuk akal. Dalam kebanyakkan user leka dengan validity yang diberi ini, ada user yang cakap Onexox tak adil. Ceritanya berlaku bila simkad Onexox dia kena barred walaupun tempoh sah masih aktif dan belum tamat.
Kenapa?
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Isi Kandungan
Simkad Kena Barred tempoh sah masih aktif
Baru-baru ni ada seorang pengguna Onexox Prepaid yang komplen pasal ketidak adilan onexox.
Nak tau apa yang dia cakap tak adil?
Dia tunjuk screenshot status Onexox Prepaid yang sudah kena barred tapi tempoh sah masih ada 30 hari.
Dengan itu dia melabel Onexox Tidak Adil kepadanya sebab tak boleh buat panggilan sedangkan tempoh sah masih ada sebulan, kredit masih ada RM13 tapi dah kena barred
Ini tak adil!. (terus judge).
Apa yang user ni tak faham adalah, tempoh aktif sebenar nombor itu telah tamat. Tetapi sistem Onexox akan extend lagi 30 hari dari tarikh tamat tempoh tu bagi peluang kat user untuk topup supaya nombor tu aktif balik.
Bagaimana perkara ini berlaku?
Baik, semua sim Onexox Prepaid, sama ada dia beli nombor baru (starter pack) atau MNP dari telco lama akan dapat tempoh sah 2 tahun 4 bulan sekiranya mematuhi syarat yang ditetapkan.
Sekiranya user tidak membuat sebarang tambah nilai langsung dalam masa 2 tahun 4 bulan tu, nombor akan disekat (barred) dan tambah nilai perlu dilakukan.
Kita ambil contoh.
Daftar sim Onexox Prepaid pada 3 Januari 2019, maka tempoh sah simkad berikut adalah sehingga 2 Mac 2021.
Pada waktu ini, akaun atau nombor Onexox Prepaid ni akan tertera camni;
MSISDN : 60123456789
Lebih kurang camnilah paparan baki akan Onexox Prepaid menu ussd *150*1#
DA: RM10.15
MA: RM5.00
Active Until : 02/03/2021
Status : Active
Andai kata user tu memang tak topup langsung sehinggalah 2 Mac 2021, apa akan berlaku? Dah tamat tempoh kan?
Sistem Onexox akan sekat (barred) nombor tu, dan extend tempoh sah lagi 30 hari untuk bagi user tu peluang topup sebarang jumlah supaya nombor tu kembali aktif.
dan paparan akan berubah jadi camni;
MSISDN : 60123456789
Status aktif berubah, dan tempoh active until tu akan di panjangkan lagi sebulan.
DA: RM10.15
MA: RM5.00
Active Until : 02/04/2021
Status : Barred
Salah Faham Berlaku disini
Disebabkan active until tu nampak masih belum tiba, tapi nombor dah kena barred, jadi user tu mengamuk konon-konon dia telah dianiaya.
Kononnya sistem ni tak adil sebab ‘buta’ menyekat nombornya.
Kita ni, kalau tak tahu tanya dulu. Bukan terus meroyan tak tentu pasal. Nanti malu tau. Kalau tanya elok-elok kan boleh. Bukannya terus cakap sistem tak adil konon-konon kita ni je yang betul.
Solusi
Solusinya sangat mudah, dan takde telco lain yang buat camni.
Sebab apa?
Data, minit panggilan, sms yang ada dalam Season Pass, akan tetap boleh digunakan selepas nombor tu aktif balik.
Kredit yang berbaki tu pun boleh dapat balik tau tak? Ada telco lain selain onexox boleh bagi camtu?
Takde kan?
Camna nak aktifkan balik sim yang dah kena Barred ni?
Hanya buat tambah nilai RM10 (nilai yang dicadangkan) dan nombor tu akan dapat ‘nyawa’ lagi 10 hari.
10 hari je? Mana cukup?! Saya nak 2 tahun 4 bulan (kata si user tu kononnya)
Tak dapat.
2 tahun 4 bulan punya tempoh sah tu dapat sekali sahaja untuk 1 nombor tu.
Sekarang ni, nombor dah aktif, jumlah kredit pun dah bertambah, apa kata beli validity 6 bulan atau 12 bulan. Saya dah pernah terangkan dalam artikel cara panjangkan tempoh sah aktif onexox prepaid.
Tapi saya boleh terangkan lagi sekali.
- Kalau nak beli tempoh sah 6 bulan, sms Valid 6 ke 23388 atau 22111 (RM18 kredit akan ditolak)
- Kalau nak beli tempoh sah 12 bulan, sms Valid 12 ke 23388 atau 22111 (RM25 kredit akan ditolak)
Kalau nak beli validity atau tempoh sah guna Aplikasi Black, baca artikel terbaru saya.
OK lepas ni, kalau tak tahu, boleh tanya saya 01113346188 (Whatsapp). Tak tahu bertanya, bukan meroyan.
Kalau meroyan boleh selesaikan masalah, silakan meroyan haha!
Sangat berguna sebab saya mengalami masalah yang serupa, terima kasih atas info
alhamdulillah..
Kenapa nombor saya kena barred padahal itu nombor baru , saya baru guna 3 bulan
sebab tak topup. boleh hubungi saya 0106009966 untuk keterangan lanjut
Sim Digi aku kena barred
No saya sudah sampai tak ada line
Apa masih boleh di selamatkan
Untuk bagi aktif kembali
boleh cuba apply balik tgk artikel ni https://adzril.com/dapatkan-semula-nombor-terminated/
Saya dah topap untuk buka sekatan panggilan. Ok onexox buka. 1 minggu onexox sekat balik. Apa pasal? Tolong jelaskan!!!!
topup rm10 utk 10 hari je cik. kalau rm5 utk 5 hari je. apa yang peliknya.. simkad lain pun camtu. apa kata cik whatsapp saya 0106009966 saya akan tunjukkan cara untuk cik tak topup sampai setahun.
Aritu sy cuba upgrade simkad Maxis sy…lps sy dh dpt upgrade status simkad sy kna sekat pdhl aktif…sy cuba try p centre pki simkad baru dgn guna no fon lama sy masih xleh jugak….
yang itu cik perlu hubungi pihak maxis.
Nak pindah nilai dari MA ke DA boleh ke?
Klu blh bagaimana caranya ya?
Tak boleh. Dan xde keperluan pun transfer MA ke DA.
Alhamdulillah, terima kasih. Berkesan
terbaekk..
Saya langgan black, sekarang keluar error expired token. Apa maksud nya
Boleh WhatsApp says screenshot error Tu.
Kakau bill macam yang kene barred macam mane eh?
Dail *150*# dan tengok berapa amt due. (Tunggakan). Bayar semua tunggakan dan alaun akan aktif on the spot.
top up rm10 dapat nyawa 10 hari.. lepas 10 hari tu, acc kena barred semula kan? Sbb lepas saya top up rm10, lepas sebulan tiba2 kena blocked pulak. Maknanya kene stiasa top up bila tarikh luput kredit.. melainkan bayar validity. 🥴
betul la tu.. simkad lain ada peluang untuk beli validity macm onexox tak?
No saya kena barred tapi every month bayar je macam biasa.. Kenapa boleh jadi mcm tu ya?
awak topup berapa rm every month? untuk prepaid, kalau topup rm5, maka 5 hari je la dia dpt airtime. jadi penyelesaiannya adalah dengan membeli tempoh sah (validity) setahun. boleh whatsapp saya 0106009966 untuk bantuan.
Assalamualaikum saya dah 2 kali masuk top up tapi still tak masuk. Mcm mana nk buat. Mohon bantuan. Sim saya status Blocked.
topup guna maybank perlu key in nombor PIN.
saya baru ja top up one xox prepaid saya beberapa jam Yang lalu, tapi Masih tak dapat call ke number lain, Dan setiap Kali saya membuat panggilan, ade suara ckap
“Harap maaf,talian anda telah di sekat, untuk mengetahui maklumat bill anda sila dail *118# Dan pilih my account terima kasih”.
Lepas Tu call *118# tak wujud pun, kes sy NI rare. Mohon bantuan
*118# tu macam digi punya USSD. kalau onexox *150*1#
whatsapp saya 01113346188 untuk bantuan. ikut arahan yang diberikan dalam mesej.