Saya nak jelaskan kekeliruan seorang user Onexox Black berkaitan sudah Bayar bil Onexox Black tapi data masih belum boleh digunakan.
Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.
Isi Kandungan
Dah Terima SMS Pembayaran Berjaya
Katanya dah topup nombor Onexox Blacknya, tapi data masih belum boleh guna.
User jugak mengatakan dah berjaya terima sms RM0.00: Thank you macam contoh gambar kat bawah ni.
Ye betul.
SMS tu menunjukkan user dah berjaya topup nombor Onexox Black dengan jayanya. Cuma persoalannya sekarang kenapa data masih belum boleh digunakan?
Kenapa Data Masih Belum Aktif
Jawapan dia senang.
Saya yakin yang user tu dah habis guna data sebelum tarikh cycle date bil akaunnya. Memandangkan data Onexox Black B59nya sudah habis, dia sangka dengan topup dengan jumlah plan yang dilanggan akan membolehkan dia dapat data baru.
Tetttt!
Salah.
Data, minit panggilan, SMS akan direnew pada tarikh cycle sahaja. Itu adalah item yang dijanjikan untuk diberi pada setiap bulan. Bukannya diberi setiap kali selepas buat pembayaran.
Anda kata tarikh cycle Onexox Black user tu adalah pada 25hb, maka dia perlu tunggu sehingga tarikh 25hb untuk menerima data, minit panggilan dan sms yang baru untuk dimasukkan ke dalam akaun Onexox Blacknya.
Penyelesaian Data Habis Awal
Jadi kalau data tu habis awal sebelum 25hb pada setiap bulan, apa yang user boleh buat?
Mereput lah takde data kan?
No! no! no!
Caranya adalah dengan;
- Tunggu tarikh cycle tiba (takkan nak tunggu, lama lagi kot)
- Beli data dari user Onexox lain. Tak kisah Onexox Prepaid atau Black
- Beli data Add On di menu *150#. Saya tak galakkan, agak mahal berbanding,
- Beli data Happy Hour. Untuk mengetahui bila ada tawaran happy hour terkini boleh baca artikel saya kat link tu.
Boleh tonton video yang saya buat berkaitan dah bayar bil Onexox tapi tak masuk data lagi. Data masih belum boleh digunakan lagi.
Untuk anda yang berminat nak tukar talian ke Onexox (Prepaid atau Black) boleh hubungi saya di Whatsapp O1O6OO9966.
Terbaik
Ok jelas
Sangat membantu. Terima kasih
bagus infonya..membantu pgguna yang baru bertukar ke xox..
ππ»ππ»ππ»
Terbaik byk menberi info Dan kemudahan
faham..
Penerangan yang amat jelass dan tersangat membantu..
Tumpang tanya, mengenai penyelesaian no.2(beli data daru user lain),
ada tak charge tambahan seperti telco lain?,
seingat saya Celcom mengenakan 50 sen kepada pemberi kredit dan 20 sen daripada peminta.
Itu saja, terima kasih.
Kalau user onexox hantar/kongsi data kepada nombor onexox yg lain, pemberi/penghamtar dikenakan caj 50sen.
Servis bagus admin group ni..boleh jadi upline yg baik
Thanks for the info
thanks for info. penulisan yang sangat jelasπ
Sentiasa bg info yg trkini…mmg banyk membantu..terima kasih
Sangat jelas. Terima kasih atas informasi.
Sebagai user baru, informasi yg diberi ni sgt2 berguna. Terima kasih!
sama2 tuan..
Saya topup onexox tp bila check *150# xmasuk dalam akaun tapi akaun dah dipotong. Sy guna onexox prepaid. Macamana sy nak selesaikan masalah ni ya? Tq
Whatsapp saya 0106009966