Skip to content
2025 Adzril

2025 Adzril

Bloggertalk

  • Percutian
    • Sabah
    • Bercuti ke Sabah Guna Pakej
    • Pakej Percutian Ke Sabah
    • Harga Tiket Flight ke Sabah
    • Tempat menarik di Sabah
    • 3 Hari 2 Malam di KK
    • Gaya Street KK
    • Bercuti di Kundasang
  • Kereta Sewa
    • Kereta Sewa di Kota Kinabalu
    • Airport transfer
    • Kereta Sewa Sesuai di Sabah
    • Sewa Motor di Sabah
  • About Us
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Plate List Generator
  • Thumbnail Generator
  • Telco Onexox

DA dan MA Onexox Penerangan Lengkap

by AdzrilNovember 6, 2017May 10, 2023 48 comments

Apa maksud DA dan MA dalam onexox ni? Ramai tanya DA dan MA Onexox ni. Setiap kali orang bertanya, setiap kali tu lah saya dengan gigih terangkan. Jadi saya terfikir untuk buat post di blog ini. Senang sikit.

Secara ringkasnya, DA + MA = Jumlah kredit

DA dan MA onexox
Apa itu DA dan MA dalam Onexox

Isi Kandungan

  • DA dan MA Onexox
  • Sekarang Zaman Season Pass
    • Related posts:

DA dan MA Onexox

Ramai bertanya kenapa setiap kali saya topup, jumlah topup saya dibahagikan ke DA dan MA?

Ok begini.

DA adalah Dedicated Account. Manakala MA adalah Main Account.

Setiap kali anda topup RM10, DA akan terima RM4, dan MA akan terima RM6. Kalau topup RM30, DA akan terima RM20 dan MA akan terima RM10.

Camna kalau topup RM50?

Kalau topup RM50, DA akan terima RM50 dan MA tak terima apa-apa. Saya sediakan jadual untuk lebih senang paham.

Topup / Akaun DA MADAMA
RM10RM4RM6
RM30RM20RM10
RM50RM50RM0

Apa fungsinya tu dibahagi-bahagikan camtu?

Camni ceritanya;

Zaman sebelum wujudnya Season Pass Onexox, DA dan MA ni memainkan peranan penting.

Kenapa?

Saya tak nak cerita detail sangat, cukup untuk orang faham. Segala panggilan dan SMS akan gunakan kredit dalam DA dahulu. Bila DA dah habis barulah kredit dalam MA pula akan digunakan.

Sebarang panggilan dan SMS yang gunakan DA akan dapat rate rendah dan SUPER MURAH berbanding guna kredit dalam MA.

Aik? Jadi bila pulak panggilan akan guna MA?

Bila kredit di DA dah habis, maka kredit MA akan berjalan untuk panggilan dan SMS. Yang mana MA ni tak semurah rate DA.

MA ni sebenarnya adalah kredit yang dikhaskan untuk beli data.

Segala pembelian data akan gunakan kredit di MA. Kalau kredit MA 0 atau tak cukup kredit, maka kredit dari DA akan ditarik masuk ke MA secara automatik untuk tujuan pembelian data.

Pening kan?

Sekarang Zaman Season Pass

Itu dulu, sekarang pengguna yang dah biasa dengan Onexox tak pernah kisah pasal DA dan MA pun.

Sebab apa?

Sebab kami ada Season Pass sekarang ni.

Nak data? Nak Panggilan? Nak SMS? Kami beli dan simpan data, minit panggilan dan sms tu.

Oh ye,

Pembelian tu guna kredit di MA tau.

Camna ni, kredit MA saya takde baki sebab saya selalu topup RM50 je. Tak perlu risau lah pasal DA dan MA tu.

Selagi jumlah kredit (DA+MA) cukup baki, boleh proceed je beli Season Pass nih.

Nak tahu tentang Season Pass boleh baca artikel saya yang bertajuk Senarai Lengkap Season Pass Onexox.

Sekarang camna?

Masih nak fikir DA dan MA?

Tak perlu ye. Just beli Season Pass setel. Kalau rasa pakej Season Pass tu terlalu besar, boleh tunggu Season Pass Happy Hour yang dijual dengan harga yang lebih murah.

Murah sebab pakejnya kecilkan sedikit. Tapi Happy Hour Season pass ni bukan dapat hari-hari tau.

Kalau nak tanya apa-apa berkaitan Onexox, boleh Whatsapp saya di Olll3346l88.

Related posts:

  1. Offer Khas Untuk Pengguna Baru Onexox
  2. Dah Bayar Bil Onexox Black Tapi Tak Masuk Data
  3. Maksud Telco Paling Jimat Onexox
  4. Happy Hour Onexox terkini dan terjimat
TagsDAdataDedicated Accountfat10happy hourMAMain AccountOnexoxseason pass

Post navigation

Previous Post

Salah 1 Ayam Penyet Sedap di Sabah

Next Post

Korang Tak Boleh Blah

48 comments

  1. nurul aziyana says:
    November 7, 2017 at 2:08 am

    cantiknya no telefon 🙂

    Reply
    1. Adzril says:
      November 7, 2017 at 4:54 am

      Khas utk onexox hehe

      Reply
  2. mrhanafi says:
    November 24, 2017 at 8:56 am

    ada bertambah pemahaman saya…

    terima kassih penerangan yang jelas.

    Reply
    1. Adzril says:
      November 24, 2017 at 9:13 am

      sama2…

      Reply
  3. Mirza says:
    March 17, 2018 at 6:48 am

    Kenapa no saya kena bar? xboleh nak call@mesej. Tapi org laen boleh je call@mesej no saya. Saya punya xpiry date lg sebulan. Kredit da ada rm5. Kredit ma rm0. Mohon pencerahan.

    Reply
    1. Adzril says:
      March 17, 2018 at 1:55 pm

      Dah call center 12273?

      Reply
  4. Datoksir says:
    April 28, 2018 at 12:46 am

    perkara asas mcm ni la user selalu pening masa mula2 pakai.. .
    .

    Reply
  5. Edi says:
    May 13, 2019 at 8:21 am

    ok..paham dh..DA+MA =jumlah baki
    Bukan DA atau MA baki berasingan..
    Terima kasih

    Reply
    1. Adzril says:
      May 13, 2019 at 8:24 am

      mantap…

      Reply
  6. Faris says:
    May 28, 2019 at 11:16 pm

    Boleh Tanya? ONEXOX ni memang x boleh apply celcom billing eh dalam google play?

    Reply
    1. Adzril says:
      May 29, 2019 at 5:03 am

      celcom company lain. Onexox company lain. Jadi memang tak boleh la. kena tunggu ada onexox billing baru boleh apply guna onexox. kalau celcom billing kena la guna sim celcom. harap tercerah.

      Reply
  7. amani says:
    August 20, 2019 at 3:21 pm

    haha..paham..kita pakai black,,mne ad DA & MA..bila kakak yg pakai prepaid tye,,boleh dah nk jelaskan nati..tq

    Reply
  8. Khai says:
    October 1, 2019 at 10:55 am

    Mcmn nak share kredit dgn org lain? Ada limit min @ max? Dia akan pakai ma @ da, sbb dua2 ada balance lagi

    Reply
    1. Adzril says:
      October 1, 2019 at 11:33 am

      https://adzril.com/transfer-kredit-onexox/ baca artikel ni.

      Reply
  9. Irsyad says:
    October 7, 2019 at 11:53 am

    Terima kasih bang

    Reply
  10. Zawati says:
    October 27, 2019 at 11:00 pm

    Good explanation… Clear. Faham dah tq.. ✌️

    Reply
    1. Adzril says:
      October 28, 2019 at 10:56 am

      Mantap

      Reply
  11. Hoshi says:
    December 13, 2019 at 9:49 pm

    Sy nak tanya, DA sy skarang ni RM0 tetapi MA sy RM54. Saya x dapat nak call ataupun beli internet biarpon baru topup minggu lepas. Jadi, saya masih x faham DA, MA ni

    Reply
    1. Adzril says:
      December 13, 2019 at 10:08 pm

      Tu dah kena barred. Dan saya tahu mesti tarikh masih aktif kan? Sebenarnya tarikh tu adalah tarikh extension. Baca sini https://adzril.com/kena-barred-tempoh-sah-aktif/

      Reply
  12. Beli Validity Onexox Guna SMS dan Aplikasi Black • Adzril says:
    December 16, 2019 at 8:48 am

    […] kredit simkad anda. Pastikan kredit MA dan DA cukup ye. DA+MA = Jumlah Kredit sebenar. Baca apa itu akaun DA dan MA Onexox pada artikel saya sebelum […]

    Reply
  13. Afwan nadhirah says:
    December 17, 2019 at 4:22 pm

    Masih blur 😂

    Reply
  14. Sara says:
    February 10, 2020 at 10:22 am

    Any difference on international call rate for MA and DA? Thanks

    Reply
    1. Adzril says:
      February 10, 2020 at 2:57 pm

      DA dan MA hanya untuk local call. International rate ikut rate roaming.

      Reply
  15. Mohd Faris says:
    June 20, 2020 at 8:15 am

    Kalau tersilap beli internet package mcm mana?contoh bukan beli package session pass tu mcm mana??apa maksud dgn Session pass?

    Reply
    1. Adzril says:
      June 20, 2020 at 7:06 pm

      tersilap beli camna tu? whatsapp saya untuk keterangan lanjut.

      Reply
  16. Temucut ijau says:
    July 18, 2020 at 9:18 pm

    Pening juga kalau yg veteran nak paham..
    Sebenarnya orang nak yang mudah ja sekarang….owner company perlu berbuat sesuatu…
    Apapun terima kasih kepada tuàn …atas penerangan,…
    @masih belajar..

    Reply
    1. Adzril says:
      July 20, 2020 at 11:58 am

      saya setuju. tapi mungkin syarikat telco terikat pada beberapa peraturan.

      Reply
  17. NSJ says:
    September 9, 2020 at 3:59 pm

    Thank you for this article.

    Reply
    1. Adzril says:
      September 10, 2020 at 9:35 pm

      welcome kak.

      Reply
  18. Norhayati Mazizi says:
    September 19, 2020 at 7:31 pm

    Terbaik lahh… baru saya faham..selama ni tahu guna ja.. balance pun tak cek tetiba status blocked…huhuhu… tapi apa² admin terbaik dh tolong settlekan 😍😍👍👍..tq so much

    Reply
    1. Adzril says:
      September 21, 2020 at 9:00 am

      alhamdulillah.. takpe. lepas ni mesti faham terma2 onexox ni. senang je.

      Reply
  19. Ucup says:
    October 22, 2020 at 9:00 pm

    Boleh Tak nilai dari MA pindah ke DA?
    Kalau blh bagaimana caranya ye?
    Tuan kata MA utk beli data.. tapi sy beli data internet ditolak dari DA.

    Reply
    1. Adzril says:
      October 22, 2020 at 10:04 pm

      Tak boleh. Dan xde keperluan.
      DA ditolak semasa beli data sebab jumlah dalam MA tak mencukupi. So sistem tolak duit DA secara auto.

      Reply
  20. Salmiah says:
    November 10, 2020 at 1:35 pm

    Terima kasih atas pencerahan.

    Reply
  21. iskandar says:
    November 30, 2020 at 9:27 pm

    Terima kasih.senang faham

    Reply
    1. Adzril says:
      December 1, 2020 at 11:52 am

      sama2. alhamdulillah.

      Reply
  22. Ray says:
    December 11, 2021 at 7:59 am

    Salam.. tak tahu kenapa saya tak dapat langgan internet. 22111 tu reply monthly deactivated. Tapi bila check balance ada sebulan lg tempoh aktif barred till 29/12/2021

    Reply
    1. Adzril says:
      December 11, 2021 at 8:49 am

      Barred tu maksidnya disekat sebab dah tamat tempoh aktif. So skrg tempoh barred pulak. Whatsapp saya untuk saya terangkan.

      Reply
  23. Diy says:
    April 15, 2022 at 12:24 am

    Kalau Saya beli from season pass…lpstu dah guna 80% data cmne nak tambah lagi data eh…

    Reply
    1. Adzril says:
      April 15, 2022 at 11:58 am

      data add on. nanti ada sms bagitau caranya bila dah cecah 80%. seeloknya biarkan habis terus dan langgan data baru.

      Reply
  24. Ameen says:
    May 13, 2022 at 12:58 pm

    berapa rate call dan sms utk DA dan MA ni?

    Reply
  25. Salim says:
    June 28, 2022 at 1:45 pm

    Terima kasih atas penerangan…
    Baru faham….tetapi tetap menyusahkan untuk pengguna baru…
    Alangkah bagus kalau macam telco lain je…

    Reply
  26. Joel says:
    April 23, 2023 at 12:25 am

    Tak boleh buat DA tu bos..andai kata orang tu cukup bajet je nak topup rm20 untuk beli langganan data untuk sebulan .. so isi rm20 still tak cukup lagi nak apply internet .. pasal panggilan mahal or sms mahal tu zaman apa sekarang .. semua pakai whatsapp bos..aku last ni bulan pakai xox.. mcm ni jadinya kalau beli reload xox..membunuh orang nak kena potong DA lgi ..

    Reply
    1. Adzril says:
      April 26, 2023 at 2:04 am

      rasanya encik ni kena baca semula betul2. dah bagitau kat artikel ni jumlah DA dan MA tak penting, yang penting jumlah DA ditambah MA, itulah jumlah topup sebenar.. nak beli data boleh je beli data harian.

      Reply
  27. Avdol says:
    June 8, 2023 at 6:23 pm

    Baki MA saya 6 ringgit dan DA pula 2 ringgit, bila nak beli data RM5 guna sms, dia kata tak cukup, kat mana lagi saya boleh beli data guna MA ni?

    Reply
    1. Adzril says:
      June 13, 2023 at 12:23 pm

      sepatutnya cukup,. hubungi careline 12273 untuk bantuan lanjut.

      Reply
  28. Fatin says:
    November 20, 2023 at 8:59 pm

    Ayah sy pkai xox, tp dia tkde buat langganan internet. Cth skrg acc DA ada rm2. Acc MA ada rm64. Bila acc DA rm0 blh ke dia buat pnggilan atau sms ?

    Reply
    1. Adzril says:
      November 22, 2023 at 10:29 am

      kedua2 akaun boleh je buat panggilan dan sms,. sistem akan tolak mana2 (DA atau MA) yang mengikut keperluan secara automatik.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

WordPress Theme: Harrison by ThemeZee.