Beli Validity Onexox Guna SMS dan Aplikasi Black

Biasanya user Onexox Prepaid yang simkadnya dah kena barred (sebab jarang guna nombor tu) tak tahu pasal beli validity Onexox guna SMS dan Aplikasi Black ni.

Bagi korang pengguna Onexox Prepaid yang jarang nak topup atau beli Happy Hour atau jadikan nombor tu sebagai nombor kedua, saya sarankan anda beli validity sebanyaknya.

Validity yang dijual kat Onexox ada 2;

  • 6 Bulan
  • 12 Bulan

Cara Beli Validity Onexox Guna SMS

Walaupun teknik guna SMS ni nampak oldskool, saya masih lagi hafal teknik ni. Dah sebati dalam kepala otak sebab takdelah susah mana pun nak ingat code untuk SMS tu.

Caranya;

  • sms VALID 6 ke 23388 untuk tambah validity selama 6 bulan (harga RM18), atau
  • sms VALID 12 ke 23388 untuk tambah validity selama 12 bulan (harga RM25), lebih berbaloi.

Harga yang perlu dibayar adalah RM18 dan RM25 dan dibayar menggunakan kredit simkad anda. Pastikan kredit MA dan DA cukup ye. DA+MA = Jumlah Kredit sebenar. Baca apa itu akaun DA dan MA Onexox pada artikel saya sebelum ni.

Cara beli validity (tempoh sah) guna SMS ni kadang-kadang error. Jadi langkah terbaru dan terbaik serta terkini untuk beli Validity adalah dengan menggunakan Aplikasi Black.

Bagi yang belum install apps Black, boleh baca penerangan saya berkenaan Aplikasi Black kat artikel sebelum ni.

Cara Beli Validity Onexox Guna Aplikasi Black

Bukak apps Black (Android atau iOS) dan klik Menu Validity (rujuk gambar bawah ni)

Kemudian pilih pakage, nak 6 bulan atau 12 bulan. Lepas dah pilih, tekan butang Purchase. Setel!

Topup Guna Channel Yang Pantas

Kredit anda akan ditolak dari simkad. Kalau kredit tak cukup, memang takkan berjaya untuk beli validity tu. Jadi topup lah dulu ye. Dan ingat, hanya topup guna 4 cara ni;

  1. Beli topup (PIN) kat kedai
  2. Guna XOX Fast (Online)
  3. Guna Apps Black (Aplikasi)
  4. Topup dari dealer yang dipercayai. Whatsapp saya untuk topup O1O6OO9966.

Jangan beli topup direct dari Maybank2u, Bank Islam, Bank Rakyat, Hong Leong Bank kalau tak nak keliru. Sebab kalau beli topup dari bank yang saya sebut tadi, dia bukan direct topup. Anda kena key in PIN topup tu sendiri. PIN tu dihantar melalui SMS. Please alert.

Saya juga tak galakkan untuk anda topup melalui selfcare Onexox. Ianya direct topup jugak menggunakan payment gateway. Tapi biasanya guna method ni topup akan delay masuk.

Baik, sebarang pertanyaan berkaitan Onexox atau nak beli simkad Onexox boleh Whatsapp saya kat O1O6OO9966. Anytime. Nanti saya akan respon ok. Salam.