1 cara Dapatkan semula nombor Terminated (expired) sebab tak topup

Banyak pulak kes simkad Onexox (Prepaid atau Black) yang ditamatkan perkhidmatan kebelakangan ni. Lepas dah kena terminate, masing-masing tertanya camna nak dapatkan semula nombor terminated tu?

Untuk sebarang urusan dan pertanyaan berkaitan Onexox, anda boleh Whatsapp saya di nombor O1113346188 sahaja. O1O6OO9966 tidak lagi diguna untuk urusan Onexox.

Kebanyakan alasan yang simkadnya telah diterminated atau expired adalah disebabkan lupa nak topup (Prepaid) dan lupa bayar bil (Black).

Ironinya simkad Onexox Prepaid adalah simkad yang mempunyai tempoh sah paling panjang dan lama kat Malaysia. Minimum 2 tahun 4 bulan. Maksimum boleh pergi sampai lebih dari 8 tahun ke atas. Tiada maksimum sebenarnya.

Melainkan user adalah pengguna Onexox Black, ada tempoh 3 bulan untuk aktifkan nombor yang dah expired sebab tak bayar bil. Dan caranya tetap sama dengan aktifkan nombor Onexox Prepaid yang dah expired.

Jadi maksudnya apa?

User ni tak fully utilize simkad tu. Mungkin simkad sebagai simkad kedua, atau ketiga.

Jadi agak dipinggirkan. Bila dipinggirkan camnilah jadinya.

Cara dapatkan semula nombor terminated simkad Onexox

Oklah stop bebel jap. Saya bagi solusi dan cara untuk dapatkan balik simkad Onexox yang telah ditamatkan perkhidmatannya.

Caranya cuma 1.

Email kepada customer service di [email protected]

Isi kandungan email buat lah camni.

kepada :[email protected]
Tajuk :Permohonan pengaktifan semula simkad bernombor (Nombor telefon)
Isi:salam sejahtera,
Saya (NAMA) nombor kad pengenalan (NO KAD PENGENGALAN) pemilik nombor(NOMBOR).

Bolehkah saya mendapatkan semula nombor berkenaan memandangkan nombor itu penting untuk urusan seharian saya.

Saya akan membayar segala tunggakan atau caj pengaktifan yang diperlukan untuk mendapatkan semula nombor berkenaan.

Saya mengaku kesilapan kerana terlupa untuk tambah nilai/bayar bil bagi nombor berkenaan.

Harap pihak Tuan dapat memberi maklumbalas kepada saya.
Terima kasih saya dahulukan.

Yang benar
(NAMA)

Lepas hantar email tu, tunggu lah dalam 2-3 hari waktu bekerja untuk team teknikal bagi maklumbalas.

Biasanya nombor yang diterminate ni ambik masa 30 hari sebelum dihantar ke SKMM untuk proses recycle.

1 Syarat Penting

Pastikan simkad Onexox yang dah terminate tu masih ada dalam simpanan.

Kalau simkad pun dah takde, memang nampak sangat anda sendiri tak anggap nombor tu penting.

Sebab salah satu syarat penting nak aktifkan semula nombor yang dah diterminate ni adalah anda perlu nyatakan nombor siri simkad kepada teknikal Onexox setelah mereka reply email diatas.

Harap simkad anda masih ada.

Fasa simkad Onexox diterminated

Saya ada terangkan fasa nombor telefon dari status aktif, barred, block, terminated, dalam artikel aktifkan nombor simkad Onexox.

Kalau dah melebihi 30 hari kemungkinan nak dapatkan balik nombor tu adalah tipis.

Tapi tak salah mencuba.

Bagi anda yang baru dalam fasa barred atau Block, masih boleh diselamatkan tanpa email kepada pihak teknikal Onexox.

Caranya adalah dengan topup minimum RM5 dan beli validity macam yang saya catatkan dalam artikel beli tempoh sah Onexox prepaid.

Nasihat Ikhlas

Bagi anda yang simkadnya dah diterminated, atau di block atau di barred adalah pengguna Onexox Black, saya nasihatkan bertukar lah ke Onexox Prepaid.

Dan yang guna Onexox Prepaid, tapi kena terminated jugak sebab tak topup, hmm saya tak tahu nak cakap apa.

Yang penting, jadikan simkad Onexox Prepaid / Black sebagai nombor anda yang gunakan sehari-hari walaupun bukan sebagai nombor utama.

Kalau takut lupa jugak, Whatsapp saya kat O1113346188. Nanti saya ingatkan setiap kali ada happy hour.

At least boleh la tahu offer yang Onexox bagi setiap minggu.